Teguh dengan pendirian sokong Palestin, Bella Hadid terima beratus ancaman bunuh

Dari Penulis

SUSULAN lantang bersuara mengenai kekejaman Israel terhadap Palestin, model terkemuka antarabangsa Bella Hadid mendedahkan dia menerima pelbagai ugutan termasuk ancaman bunuh.

Menurut kenyataan yang dimuat naik Bella di Instagram miliknya, nyawa keluarganya juga dalam bahaya apabila terdapat pihak mendedahkan alamat rumah serta nombor telefonnya secara terbuka.

“Saya menerima ratusan ancaman bunuh setiap hari, nombor telefon saya didedahkan secara terbuka sehingga keluarga saya berada dalam keadaan bahaya,” ujarnya

Selain tu, Bella atau nama sebenarnya Isabella Khair Hadid. 27, berkata, dia tidak akan sesekali berganjak dengan pendiriannya dalam memberi sokongan kepada Palestin yang kini semakin ramai terkorban disebabkan perbuatan biadab Israel.

Bahkan Bella turut mengutuk tindakan rejim zionis itu yang membunuh wanita dan kanak-kanak yang tidak bersalah.

Model berdarah Palestin itu turut memberitahu keluarga bapanya juga dihalau daripada tempat tinggal mereka sehingga terpaksa menjadi pelarian.

Disebabkan itu ujar Bella, sejak 1948 bapa, datuk serta neneknya tidak dapat pulang ke kampung halaman mereka.

“Ayah saya dilahirkan di Nazareth. Sembilan hari selepas dia dilahirkan, ayah yang dalam pangkuan ibu bersama keluarganya diusir daripada rumah mereka.

“Menjadi pelarian dan jauh dari tempat yang pernah mereka panggil sebagai rumah… Lebih malang datuk dan nenek saya tidak pernah dibenarkan kembali ke Palestin,” katanya.

Ujar Bella lagi, keluarganya menjadi saksi kekejaman Israel terhadap rakyat Palestin yang bukan sahaja mengusir tetapi tergamak membunuh tanpa rasa bersalah.

Bella turut menyeru orang ramai agar sentiasa mempertahankan hak kemanusiaan serta ada rasa belas kasihan terhadap nasib yang menimpa rakyat Palestin selain menggesa pemimpin dunia melakukan sesuatu bagi menghentikan kekejaman terhadap negara tersebut.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Karyawan tuntut kerajaan ambil alih kutipan royalti, mahu tamatkan kemelut 2 dekad

PERSATUAN Artis Malaysia (Karyawan) secara rasmi menuntut Kerajaan Malaysia untuk campur tangan dan mengambil alih kawalan sepenuhnya ke atas...

More Articles Like This