Pelakon siri popular Friends, Matthew Perry meninggal dunia

Dari Penulis

PELAKON siri sitkom popular Friends, Matthew Perry, 54, dilaporkan meninggal dunia di kediamannya di Pacific Palisades, Los Angeles dipercayai akibat lemas, semalam.

Matthew,54, yang terkenal menerusi watak Chandler Bing ditemukan tidak bernyawa dalam sebuah jakuzi di rumahnya.

Pihak berkuasa polis Los Angeles menolak dakwaan faktor yang membawa kematian Matthew adalah disebabkan pengambilan dadah.

“Polis mengesahkan kematian Matthew tiada kaitan dengan unsur jenayah.

“Pihak polis menerima panggilan daripada seorang lelaki yang mengatakan Matthew mengalami serangan jantung,” kata wakil polis.

Sebelum ini, Matthew dilaporkan pernah menghadapi masalah ketagihan arak dan dadah hingga menjalani program pemulihan sebanyak 17 kali.

Matthew mula mencuri perhatian selepas mucul dalam siri sitkom popular Friends pada 1994. Siri itu disiarkan sebanyak 10 musim sehingga 2004.

Selain Friends, Matthew pernah membintangi siri televisyen seperti Boys Will Be Boys, Growing Pains, Silver Spoons dan banyak lagi.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

“Saya tak kejar populariti, cukuplah lagu saya menggamit memori…,” – Jamal Abdillah bicara soal gelaran Biduan Negara

MENGHAMPIRI lima dekad mendaki puncak populariti dalam industri muzik tanah air, nama Raja Pop negara, Datuk Jamal Abdillah, tidak...

More Articles Like This