SEORANG pencuri ditahan selepas ditemui tidur di atas katil di sebuah kediaman dekat Pademangan, Jakarta Utara pada 8.30 pagi Isnin lalu.
Video penuh klik link di bawah
https://t.me/infoutusantv/1463
Ketua Unit Siasatan dan Jenayah Polis Pademangan, Gede Gustiana Wijaya Kusuma berkata, kejadian terbabit terbongkar apabila anak kepada pemilik rumah datang ke kediaman terbabit untuk mengunjungi rumah yang sudah tidak berpenghuni itu.
Beliau berkata, anak pemilik rumah yang dikenali sebagai TA itu mendapati seorang lelaki sedang tertidur di atas katil di dalam sebuah bilik tidur.
“TA telah meminta bantuan ketua kampung untuk menghubungi polis.
“Selepas semua pihak berkumpul di hadapan rumah, suspek yang sedang nyenyak tidur telah dikejutkan sebelum ditahan,” katanya memetik laporan Kompas.
Jelasnya, suspek yang dikenali sebagai Agus Anwar disyaki keletihan selepas mencuri barangan di rumah mangsa sebelum tertidur di dalam sebuah bilik.
“Suspek dipercayai telah tidur di dalam rumah itu selama empat hari,” ujarnya.
Katanya, suspek disyaki melakukan kegiatan mencuri di rumah kosong sebelum menjual barangan curi kepada orang lain.
“Kami akan terus menyiasat lebih lanjut kerana ada dakwaan lebih daripada seorang pelaku,” tambahnya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

