Pelakon CSI: Miami, Evan Ellingson meninggal dunia pada usia 35 tahun

Dari Penulis

PELAKON Evan Ellingson, 35, dilaporkan meninggal dunia di bilik tidur dekat sebuah kediaman miliknya di Fontana, California, pada 5 November lalu.

Memetik laporan E! News, punca kematiannya belum disahkan kerana pada masa kini pejabat koroner menyenaraikan kes kematian itu sebagai “belum selesai”

Dalam pada itu bapa pelakon itu iaitu Michael memberitahu TMZ bahawa mayat anaknya ditemui dengan keadaan baik.

Menurut bapanya lagi, Evan pernah bergelut dengan dadah pada masa lalu namun sudah semakin pulih baru-baru ini. Manakala TMZ turut melaporkan bahawa tiada sebarang perbuatan berkaitan dadah disyaki buat masa ini.

Untuk info, Evan memulakan kerjaya lakonannya sebagai pelakon kanak-kanak dengan rentetan penampilan TV pada peringkat awal, terkenal dengan wataknya sebagai Jesse Fitzgerald, anak sulung Cameron Diaz, dalam filem My Sister’s Keeper serta turut membintangi 18 episod selama tiga tahun di dalam siri CSI: Miami.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Karyawan tuntut kerajaan ambil alih kutipan royalti, mahu tamatkan kemelut 2 dekad

PERSATUAN Artis Malaysia (Karyawan) secara rasmi menuntut Kerajaan Malaysia untuk campur tangan dan mengambil alih kawalan sepenuhnya ke atas...

More Articles Like This