Syamsul Yusof hanya rakan niaga – Irene Deanna

Dari Penulis

USAHAWAN dan wanita yang dikaitkan sedang rapat dengan pengarah terkenal Syamsul Yusof, Irene Deanna tampil menjelaskan hubungan sebenar antara mereka.

Memetik laporan Gempak, Irene, 25, akui terkejut dengan kontroversi yang mengaitkan namanya dengan pengarah itu dan menegaskan mereka berdua hanya sekadar rakan niaga.

“Saya tiada komen sebab saya tak ada apa-apa pun nak ulas.

“Tiba-tiba jer, saya pun terkejut. Kenapa jadi macam ni? (nama dipetik),” ujarnya.

Irene ditemui pada majlis sidang media Konsert Stars On Fire Hrithik Roshan di Kuala Lumpur. Sempena konsert ini, Utama Motors menjadi antara penaja utama.

Sementara itu, Irene menegaskan spekulasi yang timbul itu tidak mengganggu konsentrasinya.

“Tak mengganggu pun. Tak ada apa pun, saya buat kerja macam biasa. Tak rasa stress pun, okey jer,” katanya.

Enggan mengeruhkan keadaan, ujar Irene lagi, foto dan video yang tular itu dirakamkan dalam salah satu acara yang dianjurkan syarikatnya.

“Itu gambar sahaja, dia datang sebab ada urusan kerja dengan syarikat ibu bapa saya dan kami tangkap gambar macam biasa. Sekadar ‘hi’ dan ‘bye’ sahaja.

“Jujurnya tiada komen apa-apa sebab tiada apa-apa pun,” jelasnya.

Dalam pada itu, Irene juga tidak memberi sebarang komen apabila disoal tentang teman lelaki atau statusnya.

Terdahulu, tular beberapa foto dan video memperlihatkan Syamsul dengan seorang ahli perniagaan yang dikenali sebagai Irene Deanna sehingga timbul dakwaan mengatakan mereka sedang punya hubungan yang istimewa.

SUMBER: GEMPAK


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Reda rumah tangga runtuh lagi, Kaka Azraff pilih fokus besarkan 3 anak selepas sah bercerai talak dua

SELEPAS pelbagai usaha dilakukan demi mempertahankan mahligai cinta yang dibina, penyanyi, Kaka Azraff akhirnya akur apabila jodohnya bersama suami,...

More Articles Like This