Sakti SO7 meriahkan Konsert Tombo Ati Ridho Ilahi selepas 17 tahun tinggalkan dunia muzik

Dari Penulis

SELEPAS 17 tahun meninggalkan industri muzik, mantan gitaris kumpulan Shiela On 7, Sakti yang kini dikenali Salman Al Jugjawyy  kembali ke pentas bersama rakan artis Opick dalam Konsert Tombo Ati Ridho Ilahi di Zepp KL pada 11 November ini.

Buat kali pertama, Icon Entertainment bakal membawakan Sakti dalam persembahan kolaborasi eksklusif bersama Opick di Malaysia.

Menurut Sakti atau nama sebenarnya, Saktia Ari Seno walaupun gementar untuk kembali beraksi, namun dia percaya penampilan bersama Opick pasti akan menghasilkan kejayaan dalam perjalanan dakwah mereka.

“Sejujurnya sebagai mantan pemain gitar secara komersial, lamaran untuk terlibat di dalam konsert ini agak menakutkan kerana sudah berbelas tahun saya tidak bermain di pentas.

“Namun apabila difikirkan tujuan konsert ini secara tidak langsung untuk sama-sama menyebarkan dakwah dengan cara paling ‘tidak menakutkan,” katanya. 

Penyanyi berusia 43 tahun itu menjelaskan, konsert tersebut bukanlah untuk melalaikan namun peluang yang baik untuk bersama-sama mencari ilmu kerohanian dan ketenangan.

“Saya mahu berkongsi manfaat bersama Opick yang mempunyai karya berunsur kerohanian dan sering mengajak kita memuji dan mencari redha tuhan. Maka, saya percaya apa yang cuba disampaikan AI Kauthar Eduqids dan Icon Entertainment dalam konsert ini bertujuan baik,” ujarnya.

Sementara itu, wakil Icon Entertainment Iman Tang berkata, jemputan Sakti ke konsert bukan untuk menganggu istiqamah beliau namun percaya bahawa pendakwah itu mampu menyebarkan dakwah menerusi konsert berkenaan.

“Sebagai penganjur serta seorang sahabat, saya percaya Sakti turut mampu menyebarkan dakwah menerusi bakatnya terhadap muzik.

“Tambahan pula beliau bakal memainkan karya-karya dakwah yang telah digarap cukup indah daripada Opick dan selama ini menjadi ‘santapan jiwa’ buat kita semua.

Konsert Tombo Ati Ridho Ilahi – Opick & Sakti Livein Kuala Lumpur juga akan dimeriahkan lagi dengan kehadiran penyanyi seperti Nur Fazura, UNIC, Zizi Kirana, Adi Priyo dan Yabang Khalifah.

Tiket-tiket dijual dengan harga RM228 (Cahaya Terang), RM268 (Dealova), RM288 (Buat Aku Tersenyum), RM308 (Tombo Ati) dan RM4,888 (Di Bawah Langitmu/8 pax) menerusi web Konsert Opick dan Sakti di Ticket2u.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Setahun derita autoimun hingga berat badan ceah 46kg, Andi Bernadee akhirnya buka mulut punca ‘sembunyi’ diri

TEKA-TEKI mengenai imej misteri penyanyi dan pelakon popular, Andi Bernadee yang dilihat 'berselubung' setiap kali berada di ruang awam...

More Articles Like This