Dior pecat Bella Hadid gantikan dengan model Israel bernama May Tager, netizen lancarkan kempen #BoycottDior

Dari Penulis

HANYA memuat naik entri berkenaan keganasan tentera Zionis terhadap penduduk Palestin di media sosial, model popular antarabangsa iaitu Bella Hadid menerima padah apabila statusnya yang sebagai duta kepada syarikat kosmetik Dior telah dilucutkan.

Pemilik empayar jenama kosmetik terkemuka itu telah menggantikan Bella dengan seorang model dari Israel iaitu May Tager.

Tindakan drastik yang dilakukan itu dipercayai selepas Bella sering berkongsi mengenai keganasan Israel terhadap rakyat Palestin sejak sebulan lalu.

Ekoran pemecatan tersebut, wajah Bella atau Isabella Khair Hadid tidak lagi menghiasi iklan koleksi musim sejuk produk terbaharu keluaran Dior iaitu Parfum La Collection Privee.

Susulan daripada itu, isu tersebut telah mendapat perhatian masyarakat seluruh dunia yang berang dengan tindakan tersebut.

Malah, orang ramai juga sudah mula berkempen untuk memboikot jenama terbabit dengan menggunakan tanda pagar #BoycottDior di semua platform media sosial.

“Saya minta maaf tapi saya terpaksa boikot Dior. Saya tidak akan beri sokongan terhadap apa sahaja produk daripada Dior mulai hari ini.

“Bella Hadid saya berani dan lantang bersuara mengenai kesengsaraan yang dialami oleh rakyat Palestin.

“Saya tidak akan lagi membeli searang produk dari Dior sekiranya masih lagi menggunakan model dari Israel,” tulis pengguna laman sosial di platform X.

Sehingga kini, Bella yang berketurunan Palestin tidak mengeluarkan sebarang kenyataan begitu juga dengan syarikat Dior itu sendiri.

Sebelum ini, Bella mendedahkan ada menerima mesej ugutan daripada pelbagai pihak selepas nombor telefon peribadinya tersebar.

Perkara itu menyebabkan Bella sering diganggu sehingga keselamatan diri serta keluarganya terancam.

“Saya menerima ratusan ugutan bunuh setiap hari selepas nombor telefon disebarkan. Malah, keluarga saya juga diancam dan berada dalam bahaya.

“Tapi saya tak boleh duduk diam lagi kerana ketakutan bukanlah suatu pilihan.

“Rakyat dan anak-anak Palestin tidak boleh membiarkan kami diam. Kami tidak berani jadi mereka berani,” tulis Bella.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Karyawan tuntut kerajaan ambil alih kutipan royalti, mahu tamatkan kemelut 2 dekad

PERSATUAN Artis Malaysia (Karyawan) secara rasmi menuntut Kerajaan Malaysia untuk campur tangan dan mengambil alih kawalan sepenuhnya ke atas...

More Articles Like This