XPDC tak kisah buat ‘show’ di tapak karnival – “Kami kena cari makan, dapat bantu peniaga Melayu”

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

TARIKH 4 November lalu genap lima bulan penyanyi Ary bergelar vokalis baharu kumpulan rock legenda XPDC Kita Peng Yu bagi menggantikan posisi Mael yang meninggal dunia pada April lalu.

Menurut Zuar selaku pemain bass, Ary sudah biasa bekerja dengan XPDC ketika hayat Mael masih lagi ada.

“Sejak beberapa tahun lalu, Ary dah banyak kali buat persembahan bersama XPDC. Dia sentiasa menjadi pilihan kami untuk menggantikan Mael sekiranya berdepan masalah kesihatan.

“Keserasian Ary dan XPDC sudah lama terjalin. Malah, jika Mael tak dapat buat persembahan pada saat akhir atas faktor kurang sihat, memang Ary akan gantikan posisinya sebagai vokalis.

“Ary dah banyak kali gantikan Mael jika XPDC ada buat persembahan di beberapa lokasi yang sudah dipersetujui,” katanya kepada URTV.

//Tak kisah menyanyi di karnival, bantu peniaga Melayu

Tidak pernah melabelkan diri mereka sebagai band ‘otai’ dan punya pengalaman luas dalam industri muzik,  XPDC bagaimanapun tetap merendah diri menerima apa sahaja tawaran termasuk membuat persembahan di tapak jualan karnival.

Kata Zuar atau Azuar Md Tasi,57, dia memandang dari sudut positif setiap kali menjayakan ‘show’ di pentas acara kerana sedikit sebanyak dapat menarik pengunjung untuk memberi sokongan kepada peniaga yang membuka tapak jualan di karnival.

“Kami ini penyanyi tapi kalau nak tunggu konsert yang mungkin sekadar setahun sekali memang agak susah nak cari duit untuk makan. 

“Muzik ini dah jadi kita punya pekerjaan. Jadi kita buat kerja ni macam bekerjalah. Sambil tu kita menderma dengan meletakkan tabung untuk pengunjung menderma seikhlas hati.

“Hasil kutipan itu bukan untuk kami tapi kita akan agihkan kepada rakan-rakan artis yang kurang bernasib baik.

“Kami buat ‘show’ di karnival bergantung pada undangan. Kadangkala seminggu sekali, kadang sebulan dua kali. Sekarang ni kami bukan lagi raja funfair tapi raja karnival,” ujarnya.

Sementara itu, Zuar turut melihat pengaruh mereka ketika membuat persembahan di karnival sedikit sebanyak dapat membantu merancakkan jualan para peniaga.

“Bila kami buat persembahan di pentas karnival, pengunjung akan datang dan secara tak langsung mereka akan membeli di gerai jualan.

“Banyak dah kami terima maklum balas daripada peniaga yang memberitahu hasil jualan mereka sangat laku.

“Kebanyakan yang sertai karnival ni orang Melayu. Siapa lagi yang nak tolong kalau bukan kita.

“Kedai mamak yang berada di kawasan sekeliling tapak karnival pun turut kena tempias apabila ramai pelanggan datang ke kedai mereka. Mereka tak bayar sewa tapak pun,” katanya.

Dalam perkembangan lain, XPDC akan membuat persembahan di Search Voyage Of Asia pada 25 November ini di Educity Sports Complex Johor Bahru.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Karyawan tuntut kerajaan ambil alih kutipan royalti, mahu tamatkan kemelut 2 dekad

PERSATUAN Artis Malaysia (Karyawan) secara rasmi menuntut Kerajaan Malaysia untuk campur tangan dan mengambil alih kawalan sepenuhnya ke atas...

More Articles Like This