Nabila Razali “I said yes” terima lamaran teman lelaki, sahkan identiti bakal suami Nik Iruwan

Dari Penulis

DESAS-desus mengenai identiti bakal suami kepada Nabila Razali akhirnya terjawab apabila penyanyi itu menerima lamaran lelaki tersebut yang dikenali sebagai Nik Iruwan Nik Izani.

Menerusi entri di Instagram, Nabila atau Nur Nabila Mohd Razali,31, berkongsi berita gembira itu dengan memperlihatkan kekasih hatinya melutut memegang tangan pelantun lagu Pematah Hati itu sebagai tanda ingin melamarnya.

Berlatarkan belakangkan papan tanda Will You Marry Me? Selain turut menyelitkan lagu New Chapter yang dipercayai bakal dilancarkan tidak lama lagi.

“I said YES #newchapter,” tulis Nabila ringkas di ruangan kapsyen.

Ruangan komen penyanyi dan juga pelakon itu di hujani ucapan tahniah serta ramai mendoakan kebahagiaan pasangan ini hingga ke jenjang pelamin.

Terdahulu, khabar angin bertiup kencang mengatakan Nabila akan menamatkan zaman solonya pada harinya yang juga merupakan tarikh kelahirannya.

Ogos lalu, Nabila juga dikhabarkan sudah bertunang dengan Nik Iruwan yang merupakan bekas pelumba litar Formula.

Pun begitu, Nabila ketika ditanya pihak media enggan mengesahkan berita tersebut.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Karyawan tuntut kerajaan ambil alih kutipan royalti, mahu tamatkan kemelut 2 dekad

PERSATUAN Artis Malaysia (Karyawan) secara rasmi menuntut Kerajaan Malaysia untuk campur tangan dan mengambil alih kawalan sepenuhnya ke atas...

More Articles Like This