Nora Ariffin dimasukkan ke ICU akibat sesak nafas, suami mohon doa

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis


PENYANYI Datuk Nora Ariffin dilaporkan sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah pusat perubatan swasta Kajang, Selangor akibat sesak nafas.

Berita tersebut dikongsikan oleh suami Nora iaitu Dr Rushdi Ramli kepada penyanyi Datuk Aishah.

Aishah memuat naik mengenai keadaan terkini penyanyi Hanya Satu itu menerusi platform media sosialnya di Instagram sebentar tadi.

“Nora masuk ICU hospital KPJ Kajang kerana sesak nafas.

“Mohon doa ikhlas daripada semua,” mesej Rushdi yang dikongsikan Aishah kepada orang ramai.

Sementara itu, Aishah yang terkejut dengan berita tersebut mendoakan kesembuhan Nora agar kembali sihat seperti sediakala.

“Allahuakbar adikku Nora. Mari kita panjatkan doa semoga memperoleh kesembuhan,” tulisnya di ruangan kapsyen.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Demi masa depan, Kim K ketepikan ego, sanggup beratur panjang uji bakat Suria Records

SEMANGAT kental peserta program realiti Talk To My Manager musim kedua, Kim K dalam mengejar impian sebagai anak seni...

More Articles Like This