Walau badan kena hempap dengan jentera seberat 400 KG, Beto Kusyairy tetap tak serik teruskan hobi konvoi motosikal berkuasa tinggi

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

AKTOR Beto Kusyairy bersyukur keadaan kesihatannya kini semakin sembuh selepas terlibat dalam kemalangan motosikal berkuasa tinggi ketika menyertai konvoi di Ipoh, Perak, baru-baru ini.

Berkongsikan kembali kejadian malang tidak berbau itu, Beto atau Nur Kusyairy Zakuan Osman,43, pada awalnya dia mengesyaki ada bahagian anggota badannya yang patah selepas melihatkan keadaan kemalangan tersebut yang agak teruk.

“Saya sebenarnya nak cuba elak motosikal seorang lagi peserta konvoi yang terlebih dulu terlibat dengan kemalangan tapi tak sempat nak kawal lalu merempuh motosikal tersebut.

“Awalnya saya syak ada bahagian badan yang patah tapi syukur Alhamdulillah selepas buat imbasan x-ray, keadaan saya baik-baik saja. Hanya ada lebam-lebam sikit di bahagian kiri badan sebab kena hempap dengan motosikal seberat lebih 400 kilogram.

“Cuma yang saya tahu peserta konvoi tersebut sudah sedarkan diri dan dah buka mata serta boleh duduk dua hari lalu selepas hampir seminggu rasanya tak sedarkan diri. Dia masih lagi berada di hospital di Ipoh. Keadaan dia memang agak parah sewaktu kemalangan berlaku,” katanya kepada URTV.

Beto berkata demikian ketika ditemui pada pratonton filem MagiK yang ditayangkan di sebuah pusat beli-belah di ibu kota, malam tadi.

Menurut Beto lagi, insiden tersebut kini dalam siasatan pihak polis dan menganggap kemungkinan ia terjadi disebabkan faktor cuaca yang ketika itu hujan dan jalan licin.

Sementara itu, Beto akui hanya memberitahu keadaanya kepada isteri, Tisha Shahar yang ketika itu berada di Geneva, Switzerland selepas doktor mengesahkan kesihatannya berada pada tahap yang baik.

“Isteri ada beritahu saya dia rasa tak sedap hati sehinggakan dia duduk di hentian bas selama dua jam…termenung seorang diri selain jantung dia berdegup laju.

“Ketika itu saya tak beritahu lagi keadaan saya yang terlibat dengan kemalangan. Tapi selepas selesai buat pemeriksaan kesihatan dan doktor pun sudah mengesahkan keadaan saya okay, baharulah saya ceritakan kepada isteri.

“Lepas saya maklumkan kepada isteri, dia terus nak balik Malaysia sebab bimbang dengan kesihatan saya. Tapi saya kata tak apa saya okay dan cuba tenangkan dia.

“Sejujurnya saya risau juga sekiranya isteri dapat tahu berita kemalangan itu daripada orang lain. Alhamdulillah, saya dah yakinkan dia yang saya baik-baik saja. Mujurlah saya tergerak hati nak pakai topi keledar jenis yang bertutup penuh,” kongsinya.

Biarpuun sudah mengalami kemalangan, ia tidak sedikit pun mematahkan semangat Beto untuk terus menunggang motosikal berkuasa tinggi.

Malah, Beto tidak rasa serik untuk terus melakukan hobinya itu dengan berkonvoi di beberapa negeri menggunakan jentera model Harley Davidson Road Glide.

“Saya tak rasa serik untuk menunggang motosikal berkuasa tinggi walaupun dah pernah terlibat dengan kemalangan.

“Isteri pun tak halang minat saya ini. Saya memang suka dengan aktviti lasak seperti berkonvoi ramai-ramai menaiki motosikal berkuasa tinggi,” katanya.

Dalam kejadian di Kilometer 349 Lebuh Raya Utara Selatan, arah utara berhampiran Ladang Bikam itu, Beto cedera ringan ketika menyertai konvoi motosikal Solidariti Wings Motogang Society ke Masjid Negeri Ipoh, Perak pada 13 November lalu yang turut diketuai oleh penyanyi, Datuk Awie.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Karyawan tuntut kerajaan ambil alih kutipan royalti, mahu tamatkan kemelut 2 dekad

PERSATUAN Artis Malaysia (Karyawan) secara rasmi menuntut Kerajaan Malaysia untuk campur tangan dan mengambil alih kawalan sepenuhnya ke atas...

More Articles Like This