Zahid Hamidi dalam tempoh berehat selepas jalani pembedaan

Dari Penulis

TIMBALAN Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau kini dalam tempoh berehat seperti yang dinasihatkan oleh doktor, sebelum kembali bertugas..

Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah memberitahu perkara itu menerusi catatan di Facebook hari ini .

Timbalan Perdana Menteri turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang mendoakan kesihatan beliau selepas menjalani pembedahan baru-baru ini.

“Terima kasih sekali lagi kepada semua yang mendoakan dan memberikan sokongan. Semoga Allah SWT mempermudahkan segala urusan serta menempatkan kita semua dalam rahmat dan kasihNya. Aamiinn,” katanya.

Pada Ahad anak Ahmad Zahid, Datuk Nurul Hidayah memberitahu keadaan kesihatan bapanya baik selepas selesai menjalani satu prosedur pembedahan Khamis lepas.

— BERNAMA


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pas tak bantu kempen Bersatu di PRN Johor

PAS yang sebelum ini mengumumkan untuk membatalkan kerjasama politik dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak akan membantu kempen...

More Articles Like This