KERAJAAN Kelantan setakat ini hanya menerima RM40 juta bayaran wang ihsan daripada kerajaan Pusat berbanding RM331.38 juta tahun lalu, kata Menteri Besar, Datuk Mohd Nassuruddin Daud.
Perkara itu dimaklumkan beliau ketika menjawab soalan Rozi Mohamad (PAS-Tendong) berhubung jumlah wang ihsan yang disalurkan Kerajaan Pusat kepada Kelantan sejak 2020 sehingga kini.
“Untuk bayaran wang ihsan, pada 2020 kita mendapat sebanyak RM190.85 juta; pada 2021 pula mendapat RM201.04 juta, manakala tahun lalu kita mendapat RM331.38 juta dan bagi tahun ini RM40 juta setakat ini.
Baca artikel lain: Pembangkang di Kelantan menerima peruntukan langsung Pusat – MB
“Pihak kerajaan negeri masih di peringkat rundingan untuk mendapatkan bayaran wang ihsan tersebut dan bersama-samalah kita berdoa mudah-mudahan baki wang ihsan dapat diberi penghujung tahun ini,” katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di Kota Darulnaim, hari ini.
Sementara itu, ketika menjawab soalan tambahan Azhar Salleh (PAS-Pulau Chondong) mengenai tindakan susulan dan usaha diambil kerajaan negeri berhubung isu itu, Mohd Nassuruddin berkata pihaknya juga telah mengadakan perbincangan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini dan reaksinya positif.
— BERNAMA
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

