Laman sosial tempat kongsi masalah, bagaimana pandangan Islam?

Dari Penulis

Hari ini, masing-masing mempunyai akaun laman sosial yang menghubungkan kenalan seluruh dunia. Melalui laman sosial jugalah ramai yang mengambil kesempatan meluahkan masalah di dalam laman sosial. Sehinggakan masalah rumah tangga yang remeh dan besar juga turut dikongsi. Adakah itu jalan penyelesaiannya?

Tindakan meluahkan masalah di laman sosial sebenarnya membuka aib sendiri. Persoalannya, adakah masalah akan selesai dengan cara begitu? Lebih memburukkan keadaan, apabila lebih ramai pula yang tahu dan pelbagai pandangan serta kata-kata yang mungkin menyakitkan hati dilontarkan. Bukan itu sahaja, tidak kurang juga dosa bertambah akibat kebodohan diri sendiri membuka pekung di dada. Lihat sahaja bagaimana kes abang Tesla yang berlaku baru-baru ini.

Sekalipun niat asal ingin meringankan bebanan dan gelisah hati, akhirnya satu dunia tahu aib sendiri. Tidak semua manusia memiliki hati yang sama. Begitu juga dengan pemikiran. Lain orang lain andaian mereka.

Soalnya kenapa perlu meluahkan segala rahsia kepada orang lain? Sebaiknya kongsilah bersama orang terdekat dan mempunyai pertalian darah. Baik ayah, ibu, suami atau isteri. Namun perkara asas yang paling penting, mengadulah kepada Allah.

Bangun malam, berpuasa sunat, berdoa dan bermunajat. Dengan izin Allah kita akan lebih hampir dengan Allah dan itulah waktu terbaik untuk manusia meluahkan segala permasalahan yang dihadapi.

Sesetengah orang menganggap dengan bercerita dan meluahkan segala masalah yang terpendam akan mampu meringankan beban. Namun sebenarnya itu tidak sepenuhnya benar. Sebagai umat Islam ada tempat yang betul untuk meluahkan masalah.

Bila kita biasa mengadu dengan Allah kita rasa bodoh bercerita dengan orang yang belum tentu dapat menyelesaikan masalah kita. Mulut kita tertutup bila kita menjaga solat, melakukan amalan-amalan yang membersihkan hati dan perasaan.

Akhirnya apa yang kita nampak masalah yang ada bukan lagi masalah. Ia mengajar kita bagaimana untuk melihat sesuatu dengan pandangan yang berbeza.

Jika bercerita dengan orang lain, rahsia kita satu dunia tahu. Ia akan menjadi bahan cerita, bahan lawak dan juga bahan gosip. Jika berkongsi dengan Allah, hanya kita dan Dia sahaja yang tahu. Ketika itu menangislah, merayulah dan merintihlah kepada-Nya. Serta merta kita berasa lega walaupun masalah belum selesai.

Patuhi etika kerahsiaan

Selain mengadu dengan Allah, antara  alternatif yang boleh diambil ialah berjumpa dengan kaunselor. Apa yang dipraktikkan dalam Islam turut digunakan dalam bidang kaunseling. Begitu juga dengan rahsia, ada perkara yang perlu dirahsiakan dan ada juga yang tidak perlu.

Ingin menjadi seorang yang perahsia adalah sesuatu yang sangat susah. Bagaimana ingin hidup jika kehidupan dibelenggu masalah yang terpendam? Oleh itu, Islam tidak membebankan umatnya dengan masalah yang boleh mengganggu keharmonian hidup dengan membenarkan beberapa perkara rahsia untuk di kongsi.

Bertepatan dengan hadis Nabi Muhammad s.a.w yang diriwayatkan oleh al-Tirmizi,

“Apabila seseorang lelaki bercerita dengan orang lain, kemudian dia pergi maka itu dianggap sebagai satu amanah.”

Malah hal berkaitan rahsia ini turut disentuh dalam hadis yang diriwayatkan daripada Abi Hurairah r.a.

“Siapa yang melepaskan seseorang Muslim daripada kesusahan-kesusahan dunia maka Allah akan melepaskannya daripada kesusahan-kesusahannya di hari kiamat. Siapa yang menyembunyikan keaiban orang lain di dunia, maka Allah akan melindungi keaibannya di dunia dan akhirat.”

Hakikatnya dalam hidup kita ada banyak rahsia. Ada perkara yang boleh kita rahsiakan, tetapi ada perkara kadang-kadang tidak boleh dijadikan rahsia. Apabila berkaitan dengan Islam, ada banyak perkara perlu dirahsiakan dan sebaliknya juga.

Biasanya rahsia dalam kaunseling banyak melibatkan hal-hal rumah tangga. Dalam kaunseling etika kerahsiaan ini merupakan suatu perkara yang penting. Sebagai seorang kaunselor yang profesional, perlu ada etika kerahsiaan.

Biasanya akan disebut di awal sesi kaunseling. Di awalnya juga akan ada penstrukturan untuk mendapatkan kefahaman dan keizinan pelanggan untuk dijadikan rahsia antara mereka.

Apa- apa sahaja  yang dibincangkan dalam sesi kaunseling itu akan menjadi rahsia. Hal yang demikian akan membuatkan pelanggan merasa lebih selamat dan yakin untuk meluahkan segala masalah mereka kepada kaunselor. Jika tidak, mereka sentiasa dibelenggu kerisauan andai rahsia mereka terbongkar. 

Antara contoh kes yang boleh dikongsi bersama kaunselor seperti masalah seorang isteri  yang mengadu tentang suami yang mempunyai hubungan dengan perempuan lain. Hasil dari penceritaan  tersebut,  maka  pelbagai  saranan  dapat  dicapai  secara bersama dalam usaha  menjernihkan kembali hubungan rumah tangga mereka yang mungkin boleh berpisah sekiranya terus dipendam.

Begitu juga dengan kes-kes dera. Jika seseorang itu terlibat dan menjadi mangsa dera, dia dibolehkan untuk menceritakan rahsia tersebut walaupun si suami menyuruh dia merahsiakan. Namun situasi begini ia tidak boleh dirahsiakan. Si mangsa perlu mendapatkan pertolongan agar dirinya tidak lagi menjadi mangsa deraan suami.

Tidak terkecuali juga jika sesuatu masalah itu melibatkan orang yang ramai seperti sebuah keluarga. Pihak yang terlibat dan mengetahui tentang hal ini perlu mengambil langkah bijak dan menyusun cara yang baik untuk menceritakan masalah ataupun rahsia tersebut kepada keluarga mereka. Jika tidak disampaikan bimbang akan berlaku perkara yang tidak diingini dan mungkin menjejaskan keharmonian mereka.

Kes-kes ini jika diceritakan pada kaunselor yang memang ada kepakarannya, insya Allah pasti ada jalan penyelesaiannya. Akan tetapi jika diceritakan dalam media sosial, pastinya akan mengundang masalah yang lebih besar lagi.

Maka itu kita kena bijak dalam setiap tindakan kerana bukan semua perkara boleh dikongsikan apatah lagi jika yang dikongsikan itu melibatkan aib orang lain. Wallahu a’lam.

_____________________________________________________

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Syarahan Perdana Tokoh Maal Hijrah 1448H Beri Fokus Kepada Mesej Keamanan & Peradaban Kontemporari

PERISTIWA Maal Hijrah tidak seharusnya dibiarkan berlalu sekadar penceritaan lipatan sejarah dan sambutan tahunan semata-mata, sebaliknya ia perlu diangkat...

More Articles Like This