Pendakwaan bermotif politik, Adam Radlan yakin keadilan ditegakkan

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

TIMBALAN Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Segambut, Adam Radlan Adam Muhammad menegaskan komited dan akan berjuang habis-habisan bagi memastikan keadilan ditegakkan atas prinsip berani kerana benar.

Ahli perniagaan yang berdepan 12 pertuduhan di mahkamah iaitu melibatkan lima pertuduhan meminta dan menerima rasuah serta tujuh pertuduhan pengubahan wang haram (AMLA) itu turut mempunyai kepercayaan sepenuhnya terhadap sistem kehakiman negara.

Adam Radlan berkata, sistem kehakiman negara telah dibina atas prinsip-prinsip ketelusan dan keadilan.

Pada masa sama, beliau turut mendakwa pertuduhan yang dikenakan terhadapnya itu adalah bermotifkan politik.

Malah, Adam Radlan turut meluahkan keyakinan bahawa pertuduhan tersebut sebagai tidak berasas.

“Setelah mengabdikan lebih daripada dua dekad dalam bidang perniagaan dan pembinaan, saya sentiasa bertindak dengan kejujuran serta integriti yang tinggi.

“Saya yakin bahawa pemeriksaan teliti akan menunjukkan bahawa semua tindakan perniagaan dan keputusan saya selaras dengan undang-undang Malaysia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca artikel lain: Adam Radlan akan didakwa lagi pertuduhan gubah wang haram minggu depan

Mengulas lanjut, Adam Radlan turut meminta sokongan dan doa daripada semua pihak bagi menghadapi tempoh yang mencabar ini.

“Perjalanan untuk membersihkan nama saya mungkin akan panjang terutama dalam zaman digital di mana cerita-cerita boleh tersebar tanpa sekatan.

“Tetapi dengan tekad, iman dan berkat Allah, saya percaya bahawa kebenaran dan keadilan akan berjaya ditegakkan.

“Kepada mereka yang telah berdiri di sisi saya dan mempertahankan prinsip-prinsip sistem keadilan, saya bersyukur seadanya,” jelasnya.

Hari ini, Adam Radlan berdepan enam lagi pertuduhan pengubahan wang haram baharu menjadikan keseluruhan 12 pertuduhan.

Enam pertuduhan bagi kes AMLA itu di Mahkamah Sesyen Shah Alam dibenarkan untuk dipindahkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Pada 9 November lepas, Adam Radlan sebagai Pengarah Syarikat Bayu Bumiraya Sdn Bhd mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam atas enam pertuduhan memindahkan wang hasil daripada aktiviti haram berjumlah RM3.675 juta dari akaun syarikat tersebut kepada akaun CIMB Bank Berhad miliknya dan tiga individu lain antara 1 Disember 2021 dan 27 Disember 2022.

Pertududuhan mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA) [Akta 613] yang membawa hukuman penjara maksimum 15 tahun dan denda yang boleh sampai lima kali ganda jumlah atau nilai daripada hasil aktiviti haram atau peralatan kesalahan itu pada masa kesalahan dilakukan atau RM5 juta, yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor: Kempen makin panas, billboard calon PH dirosakkan pihak tertentu – Nie Ching

KEHANGATAN Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor semakin terasa apabila beberapa insiden sabotaj terhadap kempen calon Pakatan Harapan (PH) dilaporkan...

More Articles Like This