Siri 1: Biarkan ia tumbuh kerana itulah fitrah lelaki

Dari Penulis

Ada pelbagai reaksi kalau bercakap tentang janggut. Ada yang suka tapi ada juga yang  tidak. Apa sebenarnya yang  tidak kena dengan janggut ni? Kalau ia sesuatu yang  menggelikan, kenapa pula Rasulullah s.a.w cukup tegas tentang  hal ini? 

Malah dalam kebanyakan hadis yang diriwayatkan, melarang memotong janggut. Sebaliknya, disuruh pula menyimpannya. 

Sabda Rasulullah s.a.w,  

“Hendaklah kamu menyalahi perlakuan orang-orang Musyrikin, dan biarkan janggut (jangan mencukurnya atau mencabutnya) dan guntingkan misai (sehingga bulu-bulunya tidak melampaui paras bibir).” (HR Bukhari & Muslim)

Dalam hadis lain Baginda bersabda,

“10 perkara dari sunah perjalanan Nabi iaitu mencukur kumis, memanjangkan janggut, bersiwak, beristinjak, memasukkan air ke dalam hidung (sewaktu berwuduk), memotong kuku, bersuci dengan air, mencabut bulu ketiak, mencukur bulu kemaluan dan berkumur.” (HR Muslim)

Nah! Sudah terang lagi bersuluh. Ada sesuatu yang istimewa tentang janggut yang kebanyakan masyarakat hari ini mungkin terlepas pandang. Jika tidak, masakan Rasulullah s.a.w. menegah seorang lelaki mencabut janggutnya.    

Dr. Yusof al- Qaradawi dalam bukunya al-Halal wa al-Haram, tatakala  membicarakan tentang janggut menyatakan, janggut adalah sunah yang digalakkan. Malah diceritakan, para ulama zaman berzaman tidak pernah mencukur janggut sebagai satu cara untuk meneladani  Rasulullah s.a.w.

Merungkaikan keutamaan memelihara janggut, Dr. Mohd Arif Nazri, Pensyarah Kanan, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), ada jawapan tersendiri. 

Ujar beliau, Islam menggalakkan seseorang menyimpan janggut kerana dia akan lebih dihormati. Namun, tidak bermakna seseorang yang menyimpan janggut menggambarkan dia seorang yang alim. Sebaliknya dengan menyimpan janggut, sekurang-kurangnya membuatkan orang merasa malu atau hormat kepadanya.

Janggut adalah fitrah untuk kaum lelaki. Fitrah tidak boleh diubah. Memang sudah fitrah manusia, si lelaki berjanggut. Justeru, sebagai manusia, kita tidak boleh menidakkan fitrah kejadian manusia. Walau apa cara sekali pun yang dilakukan, janggut tetap akan tumbuh.

Orang yang tidak menyimpan janggut, sama seperti seseorang yang menidakkan fitrah kejadiannya. Jika dilihat, orang yang tidak suka membela janggut, golongan yang juga bertentangan dengan fitrah sifatnya.

Sebagai contoh, golongan yang tidak suka membela janggut ialah golongan ‘mak nyah’. Tetapi, apa juga cara yang mereka lakukan, janggut tetap akan tumbuh. Hal ini kerana ia adalah tabii semula jadi manusia.

Hari ini, seseorang yang membuang atau mencukur janggut dianggap moden dan bertamadun. Tidak bagi mereka yang berjanggut, mereka dilihat sebagai orang  yang  kusut dan tidak kemas. Pandangan seumpama ini secara tidak langsung seolah-olah menolak  sunah. 

Sekaligus, apakah ia ada kaitan dengan firman Allah, dalam surah Faatir: 8,

“Maka apakah orang yang dijadikan memandang baik pekerjaannya yang buruk, lalu dia merasakannya baik? Sesungguhnya Allah menyesatkan siapa yang dikehendaki-Nya (Allah) dan memimpin siapa yang dikehendaki-Nya (Allah).

Maka janganlah membinasakan dirimu kerana kesedihan terhadap mereka. Sesungguhnya Allah adalah al-‘Alim (Maha Mengetahui) akan apa yang mereka lakukan.”

Surah di atas menyatakan, sesiapa yang merasakan perbuatan yang dilakukannya adalah baik, walhal perkara itu bertentangan dengan ajaran sebenar, mereka adalah golongan yang telah dibohongi oleh syaitan.

Justeru, persepsi menyimpan janggut akan membuatkan penampilan seseorang itu kusut atau alim-alim kucing, perlu dibuang agar diri tidak termasuk dalam golongan yang disesatkan oleh syaitan. Dengan kata lain, apa yang cantik di mata, tidak semestinya cantik mengikut agama.

Disebabkan itu, Nabi Muhammad s.a.w. sentiasa menyarankan, kaum lelaki menyimpan janggut. Namun, peringatan buat yang menyimpan janggut, perlulah sentiasa mengemaskan janggut mereka supaya tidak kelihatan terlalu kusut dan selekeh kerana Nabi  Muhammad tidak begitu.

Sebaliknya  Rasulullah s.a.w akan sentiasa memastikan janggut Baginda disisir agar kelihatan cantik dan kemas. Dan inilah yang dikatakan sebagai perhiasan lelaki sekali gus menuntut ia dijaga dengan rapi supaya kelihatan elok dan indah. Wallahu a’lam

__________________________________________________

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

FacebookTwitterWhatsAppTelegramLinkedInCopy LinkShare


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Syarahan Perdana Tokoh Maal Hijrah 1448H Beri Fokus Kepada Mesej Keamanan & Peradaban Kontemporari

PERISTIWA Maal Hijrah tidak seharusnya dibiarkan berlalu sekadar penceritaan lipatan sejarah dan sambutan tahunan semata-mata, sebaliknya ia perlu diangkat...

More Articles Like This