Selangor negeri pertama bakal anjur program Setahun Bersama Kerajaan Madani – PM

Dari Penulis

PROGRAM Setahun Bersama Kerajaan MADANI peringkat negeri akan dimulakan di Selangor pada Januari tahun depan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

Anwar berkata melihat kepada kejayaan penganjuran program berkenaan selama tiga hari sejak Jumaat lepas di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil di sini, maka adalah wajar ia dianjurkan di negeri-negeri bagi memberi peluang kepada rakyat membuat penilaian mengenai Kerajaan Perpaduan.

“Setahun kita tadbir, laporkan (apa yang dilakukan) kepada rakyat dan rakyat datang buat penilaian sendiri, beri ruang kepada mereka untuk beri cadangan dan pandangan. 

“Berikutan kejayaan ini (di Bukit Jalil), kita akan turunkan, pindahkan kemudahan (program) ini ke peringkat negeri dengan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari setuju memulakannya di  Selangor,” kata beliau ketika merasmikan majlis penutup Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil hari ini.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata selepas Selangor, penganjuran program akan diteruskan di negeri-negeri lain dengan kos lebih rendah selain turut mendapatkan bantuan daripada pihak kerajaan negeri.

Perdana Menteri turut menzahirkan penghargaan kepada semua pihak terlibat menjayakan Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI yang berlangsung selama tiga hari bermula Jumaat lepas.

“(Penganjuran program itu) melibatkan semua jabatan, kementerian, agensi, GLC (syarikat berkaitan kerajaan) dan ini sangat membanggakan kerana dalam pameran ini, ia tidak mewakili satu jabatan, satu kementerian, satu menteri tetapi mewakili seluruh jemaah pimpinan masyarakat MADANI,” kata beliau.

Mengenai pentadbiran setahun Kerajaan Perpaduan, Anwar berkata rakyat dapat melihat sendiri setiap dasar mahupun pelan yang telah dilaksanakan oleh semua kementerian melalui program berkenaan.

“Dasar-dasar kerajaan baik Ekonomi MADANI, peralihan tenaga, transfomasi digital ataupun kajian semula Rancangan Malaysia ke-12 dan pelan induk perindustrian dibentangkan, itu bukan hanya paparan atas kertas.

“Saya sebut tidak semua (pelaksanaan dasar kerajaan) di tahap sempurna dan memuaskan tetapi masih ada ruang untuk diperbaiki dan kita mulakan dengan satu anjakan paradigma… bererti keberanian, kesungguhan melakukan anjakan dan perubahan dari kaedah dan cara lama supaya negara dan rakyat peroleh manfaat,” katanya. – BERNAMA

  • Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
  • Ikuti langkah ini:
  • Langkah 1: Layari utusantv.com
  • Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
  • Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
  • Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
  • Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Hantaran undang padah, warga Bangladesh ‘kantoi’ miliki dua pasport ditahan

HANTARAN tular di platform media sosial memaparkan seorang lelaki memegang dua pasport mengundang padah selepas warga Bangladesh itu ditahan...

More Articles Like This