Deria keenam lidah manusia yang mampu mengesan lemak dalam makanan

Dari Penulis

Selama beberapa generasi, saintis dunia mengekalkan teori bahawa lidah manusia hanya boleh mengesan empat deria rasa iaitu manis, masam, masin dan pahit. Empat deria rasa lidah ini telah lama termaktub di dalam kamus sains dunia.

Namun, menjelang awal abad ke-20, saintis mula memperdebatkan keupayaan lidah manusia untuk mengesan kelazatan makanan yang disebut sebagai umami. Sama ada umami ini merupakan deria dasar lidah ataupun tidak telah lama menjadi satu persoalan dalam dunia sains.

Selama bertahun-tahun para saintis berdebat mengenainya, sehinggalah pada tahun 1985, Simposium Antarabangsa Umami pertama yang diadakan di Hawaii telah mempersetujui bahawa umami merupakan deria asas lidah yang kelima. Sekalipun terdapat kontroversi mengenainya, sejak itu istilah umami telah digunakan secara meluas di seluruh dunia.

Ketepikan dahulu persoalan tentang umami. Kini, cuba lihat tentang satu lagi penemuan oleh saintis mengenai keupayaan lidah manusia iaitu deria pengesan lemak. Lebih sedekad yang lalu, sekumpulan saintis dari Fakulti Perubatan, Universiti Washington, Amerika Syarikat mendakwa, terdapat reseptor kimia pada lidah manusia yang berfungsi untuk mengesan molekul lemak pada makanan. Sensitiviti reseptor ini didapati berbeza antara individu.

Dalam satu kajian yang dijalankan terhadap beberapa sampel, mereka mendapati seseorang yang mempunyai banyak reseptor yang dikenali sebagai CD36 itu mampu mengesan kehadiran lemak dalam makanan. Dengan kata lain, variasi dalam gen yang menghasilkan CD36 itu akan membuatkan seseorang itu sensitif terhadap kehadiran lemak.

Menurut ketua pasukan penyelidik itu, Profesor Dr. Nada Abumrad, penemuan tersebut boleh membantu menjelaskan mengapa beberapa individu mengambil lebih banyak makanan berlemak kerana mereka kurang menyedarinya ketika makan. Tujuan utama kajian itu adalah untuk memahami bagaimana persepsi lemak dalam makanan boleh mempengaruhi sumber makanan dan kualiti lemak yang kita makan.

Beliau menambah, penemuan tersebut diharap dapat dimanfaatkan sebaik mungkin untuk memerangi masalah obesiti di kalangan masyarakat dunia dengan meningkatkan sensitiviti masyarakat terhadap lemak dalam makanan mereka. Sekalipun jika ia bukan deria dasar lidah, tetapi perkara ini sedikit sebanyak dapat membantu menangani masalah pemakanan manusia.

Kajian yang diterbitkan dalam Journal of Lipid Research itu juga mendapati, individu yang mempunyai separuh peratusan protein CD36 itu lapan kali kurang sensitif terhadap kehadiran lemak.

Sementara itu, menurut seorang lagi ahi pasukan penyelidik itu, Yanina Pepino, pola pemakanan dengan diet tinggi lemak akan membuatkan pengeluaran protein CD36 berkurangan, seterusnya akan membuatkan seseorang itu kurang peka terhadap lemak.

Daripada hasil penyelidikan itu, saintis juga berpendapat bahawa masalah obesiti juga boleh mengurangkan penghasilan protein CD36. Justeru, secara logiknya jumlah protein yang dihasilkan boleh berubah sama ada melalui genetik ataupun pola pemakanan seseorang.

Fakta Tambahan:

  • Permukaan lidah mempunyai tunas rasa. Tunas rasa ini menyebabkan permukaan lidah kasar dan menggerutu. Setiap tunas rasa adalah sensitif terhadap satu jenis rasa tertentu sahaja.
  • Rasa makanan hanya dapat dikesan apabila makanan tersebut berada dalam bentuk cecair.
  • Rasa lazat sesuatu makanan itu dihasilkan oleh kombinasi empat jenis rasa iaitu manis, masam, masin dan pahit.
  • Rongga hidung dan rongga mulut adalah bersambung. Jadi, deria rasa dan deria bau adalah saling berkaitan. Apabila seseorang itu selesema, selera makanannya akan berkurang kerana hidungnya tersumbat dengan lendir/ mukus.

_______

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

FacebookTwitterWhatsAppTelegramLinkedInCopy LinkShare


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

‘Di dasar laut, saya menemui kebesaran Allah’ – Afizah 

"Saya sangka dasar laut hanya dipenuhi ikan dan batu karang. Rupa-rupanya, di situlah saya belajar erti kehidupan." Luah Pengasas Mikraj...

More Articles Like This