‘Lembaga hitam ganggu hubungan intim’… Pelakon akui terpaksa bercerai akibat sihir pemisah

Dari Penulis

Bukan semua keruntuhan rumah tangga berpunca daripada orang ketiga atau hilangnya rasa cinta. 

Ada juga yang percaya hubungan mereka musnah akibat gangguan yang tidak mampu dilihat dengan mata kasar.

Itulah pengalaman pahit yang didakwa dilalui seorang pelakon lelaki apabila perkahwinannya yang dibina atas dasar kasih sayang hanya mampu bertahan selama beberapa bulan sahaja.

Menurut pelakon drama itu, sejak awal perkahwinan lagi, hubungan mereka sering dilanda masalah yang sukar dijelaskan. 

Perkara kecil menjadi besar, perbincangan sering bertukar menjadi pertengkaran dan suasana rumah tangga sentiasa berada dalam keadaan tegang.

Apa yang lebih mengelirukan, kedua-duanya masih mempunyai perasaan sayang antara satu sama lain.

“Saya sendiri tidak faham kenapa keadaan menjadi begitu. Kadang-kadang saya memilih untuk mengelak daripada berbincang terlalu lama kerana bimbang akan berlaku pergaduhan,” katanya.

Lembaga hitam ganggu hubungan intim

Pelakon berkenaan percaya gangguan tersebut bukan sekadar masalah biasa rumah tangga. 

Malah dia mendakwa pernah berdepan satu pengalaman yang cukup menyeramkan dan tidak dapat dilupakan sepanjang hidupnya.

Menurutnya, pada suatu malam ketika dia dan isterinya sedang bermesra sebagai pasangan suami isteri, tiba-tiba muncul satu lembaga hitam yang besar di hadapan mereka.

Kehadiran makhluk itu membuatkan mereka berasa ketakutan dan terganggu untuk meneruskan hubungan intim mereka. 

Sejak kejadian tersebut, dia semakin yakin bahawa rumah tangga mereka sedang berdepan gangguan yang dipercayai berpunca daripada sihir pemisah.

Timbulkan kebencian

Difahamkan, gangguan seperti itu dikatakan bertujuan menimbulkan kebencian, pertelingkahan dan menghalang pasangan suami isteri daripada hidup bahagia.

Meskipun pelbagai usaha dilakukan untuk mempertahankan perkahwinan itu, namun keadaan tidak banyak berubah. 

Mereka cuba memperbaiki hubungan, memperbanyakkan ibadah, berdoa dan mencari jalan penyelesaian, namun masalah yang dihadapi seolah-olah terus menghimpit kehidupan mereka.

Akhirnya, selepas beberapa bulan berkahwin, pasangan tersebut mengambil keputusan untuk berpisah.

Tidak salahkan bekas isteri

Walaupun perceraian itu amat menyedihkan, pelakon berkenaan menegaskan dia tidak pernah menyalahkan bekas isterinya atas apa yang berlaku.

“Saya tidak pernah menyimpan marah kepada dia. Saya tahu dia juga melalui perkara yang sama. Mungkin ini takdir yang Allah sudah tetapkan untuk kami,” ujarnya.

Tambahnya, jauh di sudut hati, dia masih menyayangi dan menghormati wanita yang pernah menjadi isterinya itu. 

Namun dia percaya perpisahan tersebut mungkin merupakan jalan terbaik untuk kedua-dua pihak meneruskan kehidupan tanpa terus dibelenggu gangguan yang menjejaskan kebahagiaan mereka.

Pasangan itu juga tidak sempat dikurniakan cahaya mata sepanjang tempoh perkahwinan mereka.

Hikmah

Kini, pelakon tersebut memilih untuk menjadikan pengalaman pahit itu sebagai pengajaran hidup. 

Ujian yang dilalui membuatkan dirinya semakin dekat dengan Allah SWT dan lebih banyak menghabiskan masa memperbaiki hubungan dengan Pencipta.

Baginya, setiap ujian yang datang pasti mempunyai hikmah tersendiri, walaupun kadangkala hikmah itu hanya dapat difahami setelah segalanya berlalu.

“Ada perpisahan yang berlaku bukan kerana sudah tidak sayang, tetapi kerana Allah sedang mengajar kita sesuatu yang lebih besar daripada apa yang kita fahami.”


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Kecoh dakwaan Kuil Ular jadi tempat memohon hajat orang Islam, Malar dedah cerita sebenar

Isu berkaitan sebuah rumah ibadat yang dikenali sebagai Kuil Ular kembali menjadi perbualan di media sosial. Sebelum ini, Mastika mendapat...

More Articles Like This