Pilih deodoran biar tepat. Jangan muka je cantik tapi ketiak…..

Dari Penulis

Kajian Pemahaman Terhadap Kecantikan yang dijalankan pada 2011 mendapati, 96 peratus wanita sangat mengambil berat tentang ‘penampilan’ bawah lengan mereka – ketiak!

91peratus wanita pula menganggap ketiak adalah bahagian badan yang seksi dan menjadi salah satu aset kecantikan wanita. Oleh itu, bagi tujuan menyerlahkan aset ini, 90 peratus wanita melakukan rutin menyingkirkan bulu di bahagian ini dan mengakui ia adalah penjagaan asas yang mustahak.

Malah dalam Islam, agama yang merangkumi segenap aspek kehidupan dan mementingkan kebersihan, umatnya disarankan mencabut atau mencukur roma bawah lengan pada setiap Jumaat di mana ia adalah amalan sunat.

Baik kaedah mencukur mahupun mencabut roma, kedua-duanya dinamakan sebagai kaedah menyingkirkan bulu bawah lengan yang popular atau kerap dilakukan di rantau Asia Tenggara, lapor hasil kajian yang dijalankan di Indonesia, Thailand dan Filipina ini.

Bagaimanapun, kedua-dua kaedah ini menyebabkan kulit bahagian pelipat tersebut rosak, rengsa dan kemudian mengakibatkan ia gelap. Ini terbukti apabila separuh daripada subjek wanita tersebut mengalami masalah warna kulit di bawah lengan bertukar menjadi gelap selepas proses penyingkiran roma.

Tindakan mencukur dan mencabut akan merosakkan lapisan luar kulit dan mendedahkannya kepada formasi melanin. Melanin akan berpindah kepada sel kulit, kemudiannya lapisan luar kulit dan secara perlahan terdegradasi meninggalkan kesan gelap.

Malangnya, mengikut sebuah lagi kajian Kualitatif, Projek Llulailaco yang dijalankan di Malaysia pada tahun yang sama mendapati, tidak semua rakyat Malaysia menyedari keadaan bawah lengan yang menjadi gelap adalah kesan kerosakan kulit kerana kerap dicukur dan dicabut romanya.

Kebanyakannya menganggap bahagian ini menjadi gelap kerana kekotoran, penggunaan deodoran dan pori kulit yang tersumbat.

Secara fizikal, struktur kulit di bawah lengan adalah sangat unik. Ia tidak mempunyai system ketahanan yang kuat berbanding bahagian kulit yang lain berikutan ia terdiri daripada campuran lipid.

Oleh sebab strukturnya yang lemah dan nipis, ia lebih mudah cedera dan rosak seperti yang dilaporkan 83 peratus wanita terhadap kesan iritasi, kekeringan dan pedih yang dihadapi mereka, selepas proses penyingkiran roma.

Namun sebagai wanita, kita tetap tidak boleh menolak kaedah pembersihan yang mudah dan pantas ini. Pun begitu, dengan kemajuan teknologi sains kini, terdapat pelbagai produk kecantikan yang dapat membantu menangani masalah kulit bawah lengan menjadi gelap, salah satunya deodoran.

Kelemahan struktur kulit bawah lengan, sifatnya yang nipis bagaimanapun memberi kelebihan kepada bahagian tersebut untuk lebih mudah menyerap kebaikan bahan kosmetik.

Elak Ketiak Gelap

• Cabut roma mengikut arah ia tumbuh, mencabut pada arah bertentangan akan menyebabkan kulit radang dan cepat berbintik hitam

• Kurangkan risiko kerosakan kulit seperti kekerapan laluan mata pisau cukur

• Gunakan sabun yang lembut pada kulit

• Pilih deodoran yang kurang elergi

• Kurangkan berat badan

•Elak pakaian ketat

Ingat! Ketiak yang sihat dan cantik seharusnya bersifat:

• Lembap – keadaan permukaan kulit cukup mengunci kelembapan yang diperlukan kulit, bukan kerana proses perpeluhan

• Bebas fungus dan bakteria yang menyebabkan bau

• Tidak rengsa dan warna kulit sekata

• Liang pori halus

Tip Pilih Deodoran

Lambakan deodoran pelbagai jenama di pasaran, pastikan anda tahu fungsi bahan kandungannya supaya dapat membantu merawat masalah ketiak gelap.

1. Gliserin – Cecair jernih likat yang diperoleh daripada hidrolisis lemak dan minyak campuran. Antara bahan yang paling asas dan boleh ditemui dalam kebanyakan kosmetik. Ia berfungsi menyerap air dari persekitaran dan lapisan dalam untuk mengekalkan kulit lembap.

Hasilnya, ia dapat mengurangkan garis-garis lipatan, membantu proses pembaharuan kulit dan membaiki kerosakan.

2. Minyak Biji Bunga Matahari – bertindak kekal di celah garisan kulit untuk melembapkan.

3. Licorice, asid kojik, vitamin C, arbutin, tretinoin dan hidrokuinon – membantutkan tindakan enzim yang menghasilkan pigmen.

4. Aluminium klorohidrat, aluminium klorida, aluminium zirkonium – bertindak balas dengan kandungan garam dalam peluh untuk membentuk lapisan gel pada kelenjar peluh sekali gus mengelakkan kebasahan.

5. Paraben – menyebabkan iritasi pada kulit jenis sensitif

6. Formaldehid, benzalkonium klorida, quaternium 15 – bahan pengawet.

7. Tiomersal dan pewangi – menyebabkan kegatalan pada kulit sensitif.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Keanggunan songket maroon burgundy, sentuhan eksklusif Man Kajang di majlis resepsi anak Che Ta, Ammar Effendy & isteri

DUNIA fesyen tanah air sekali lagi terpukau dengan keindahan busana pengantin yang digayakan oleh pasangan yang menjadi tumpuan ramai,...

More Articles Like This