Ketiak hitam memang menyakitkan hati. Walaupun berada di tempat tersembunyi, namun ianya menyebabkan rasa kurang senang, apalagi andai ianya berbau.
Menerusi perkongsian Nurul Azwa, cara merawat ketiak hitam cukup mudah, namun perlulah konsisten untuk mendapatkan hasil seperti rawatan spa.
Ikuti tipnya.
“Hai semua.. nazwa is back?since ada yang post pasal underarm/ketiak gelap.
Saya nak share cara rawat sebab kita jaga muka saja kan. Underarm kena jaga jugak. Kang berdaki teruk pulak. Insyallah kalau konsisten memang hasil dia macam dapat rawatan dekat klinik @ spa
Sebab saya dah try almost 2 month.
1) Sebelum mandi make sure pakai micellar water dekat ketiak. Gosok untuk buang kotoran sama macam kita buat dekat muka.
2) Skrub perlahan dengan skrub sumber ayu & sabun betik (sanagt bagus untuk cerahkan kulit) contains vitamin e,c.
3) Exfoliate (buang sel kulit mati) guna exfoliating toner, saya pakai glycolid acid gosok perlahan kat ketiak. Step ini buat 2x seminggu dah ok.
Happy try?
Last jangan lupa shave & elakkan pakai anti perspirant deodorant.”

Sumber : Nurul Azwa

