PELAKON Hafidz Roshdi akhirnya menamatkan teka-teki selepas sah bernikah dengan wanita pilihannya iaitu Athira Yuhada, malam tadi.
Majlis pernikahan yang berlansung di Glass House Event Space, Shah Alam, Selangor itu menyaksikan Hafidz menyerahkan mas kahwin sebanyak RM300 kepada Athira.
Menerusi perkongsian video dan foto di Instagram milik Hafidz, pasangan itu memilih rona putih sebagai persalinan hari bahagia mereka.
“Alhamdulillah,” tulis Hafidz ringkas di ruangan kapsyen.
Bagaimanapun, Hafidz membuat tetapan terhadap pada ruangan komen.
Terdahulu, tular kad jemputan pernikahan Hafidz dan Athira di media sosial.
Nama Athira sebelum ini pernah ‘panas’ selepas didakwa menjadi punca keruntuhan rumah tangga Hafidz dengan bekas isteri, Nurul Shuhada.
Untuk info, Hafidz dan Nurul Shuhada berkahwin pada 30 April 2016 sebelum sah bercerai pada 27 Julai lalu selepas Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam menetapkan lafaz cerai pada 22 Februari adalah sah.
Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Humairah,6, dan Umar yang kini berusia tiga tahun.

Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

