Ayda Jebat & Nabil Mahir ambil masa lama fikirkan nama anak, siap wujudkan akaun IG – “Aali Mateen semoga jadi anak soleh”

Dari Penulis

PASANGAN selebriti Ayda Jebat dan Nabil Mahir sepakat memilih nama Aali Mateen untuk anak kedua mereka yang dilahirkan pada 12 Disember lalu.

Menerusi perkongsian di Instagram, Ayda memaklumkan nama bayi lelakinya itu dipilih selepas mengambil masa yang lama untuk membuat pilihan yang sesuai.

“Bismillahirrahmanirrahim, nama saya Aali Mateen bin Ahmad Nabil.

“Lama juga memikirkan nama anak lelaki kami, Aali Mateen ni. Semoga menjadi anak yang soleh, sayang Mommy dan Dada.

“Doakan yang baik-baik untuk Aali Mateen ya semua. Sayang semua,” tulisnya.

Ayda turut berkongsi foto terbaharu anak lelakinya itu yang hanya menampakkan sebahagian wajah pada bahagian hidung dan mulut bayi comel tersebut.

Malah Ayda turut membuka akaun Instagram buat Aali yang kini sudah memiliki hampir 1500 pengikut.

Sekadar info, Ayda mendirikan rumah tangga dengan Nabil pada 1 Januari 2021. Selain Aali, mereka turut memiliki seorang anak perempuan iaitu Ana Nayla yang dilahirkan pada 21 September 2021.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Fajar Noor buka lembaran baharu, Sementara, Selamanya jadi manifestasi kematangan emosi

SETELAH sekian lama dinanti, penyanyi yang sinonim dengan naskhah muzik yang menyentuh jiwa, Fajar Noor akhirnya kembali mengubat rindu...

More Articles Like This