[VIDEO] Zainal Abidin sahkan sudah bercerai dengan Fyna Jebat, jawab isu video tular – “Jumpa bekas isteri kedua…nak selesaikan beberapa masalah”

Dari Penulis

TEKA-teki mengenai status perkahwinan penyanyi Fyna Jebat dan Datuk Zainal Abidin Hassan akhirnya terjawab selepas bekas jurulatih bola sepak terkenal mengesahkan mereka sudah bercerai.

Zainal,62, memaklumkan mereka berpisah secara baik dan keputusan itu dibuat selepas mendapat persetujuan bersama.

“Memang kita sudah berpisah secara damai,” katanya.

Zainal membuat pendedahan tersebut ketika muncul sebagai tetamu program Nindia Bola menerusi saluran Astro Arena.

Sementara itu, Zainal turut mengakui klip video yang tersebar baru-baru ini adalah mereka berdua ketika sedang makan di sebuah restoran.

“Iya, itu memang saya. Saya jumpa bekas isteri kedua. Pergi makan, berjumpa…ada benda nak selesaikan beberapa masalah,” katanya menjawab pertanyaan pengacara, Hafizal Hamad.

Baru-baru ini, tular video di TikTok memaparkan Zainal makan bersama seorang wanita dipercayai Fyna sehingga menarik perhatian warganet yang terus berteka-teki mengenai status sebenar mereka.

Mei lalu, anak perempuan Zainal, iaitu Zahira Aisyah memaklumkan bapanya dan Fyna sudah berpisah melalui komen dalam media sosial.

Komen itu dikongsi selepas tular hantaran mendakwa ibu Zahira, iaitu Datin Zalina Zaini dan Fyna sudah berdamai.

Zainal dan Fyna yang juga adik kepada penyanyi Ayda Jebat itu dikatakan berkahwin pada Januari lalu, namun, tidak mendedahkan butiran lanjut kepada umum.

Zainal Abidin mendirikan rumah tangga dengan Zalina pada 1980 dan dikurniakan tiga cahaya mata.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

“Saya tak kejar populariti, cukuplah lagu saya menggamit memori…,” – Jamal Abdillah bicara soal gelaran Biduan Negara

MENGHAMPIRI lima dekad mendaki puncak populariti dalam industri muzik tanah air, nama Raja Pop negara, Datuk Jamal Abdillah, tidak...

More Articles Like This