PART I : Jadikan plus size, plus point

Dari Penulis

IBU gelaran dan nikmat itu hadir bersama tanggung jawab dan tuntutan. Dalam mengisi tuntutan tersebut, sering diketepikan ialah penampilan. Seandainya dulu sentiasa tampil segar, menawan dan menepati suasana, kini diri semakin tidak terurus dan lebih mengecewakan bila berat badan kian bertambah selepas melahirkan anak sehingga tiada masa untuk membelai dan mengurus diri sendiri.

Buat ibu-ibu di luar sana, anda mungkin berasa terpanggil untuk berbuat sesuatu dan sebolehnya mahu mendapatkan semula bentuk badan dahulu dan gaya yang anda idamkan. Seandainya anda berhasrat untuk mengubah imej yang kian membosankan itu, mungkin anda mahu meneliti beberapa petua di bawah:

SIHAT ITU CANTIK  

Tunggu dulu! Sebelum anda bangkit dan berasa  bermotivasi untuk mengubah penampilan,ingatlah perkara utama yang ingin saya kongsi di sini iaitu kesihatan. Sihat itu cantik!

Mengapa? Kerana anda tidak mungkin nampak cantik dan menawan sekiranya sentiasa mengeluh kesakitan atau lemah dan nampak pucat lesi. Untuk itu, sebelum memikirkan gaya terbaru untuk dicuba atau membongkar almari anda, mungkin ada baiknya jika anda pergi berjumpa doktor atau pakar dan selesaikan masalah kesihatan terlebih dahulu sekiranya ada.

Langkah seterusnya ialah bersenam dan jagalah pemakanan anda. Jika minat bersukan, bersukanlah dengan keluarga atau kawan-kawan tiga kali seminggu dan makan makanan yang berkhasiat.

Percayalah, apabila pemakanan teratur, bersenam mengikut jadual dan tidur secukupnya anda akan melihat perubahan pada bentuk badan dan juga kulit anda.

MULAKAN DENGAN PAKAIAN DALAM

Pakaian dalam adalah satu ciptaan yang menakjubkan kerana ia mampu mengubah bentuk badan dalam sekelip mata. Buah dada mengendur boleh nampak penuh dan mengkal, perut gendut jadi kempis dan paha atau punggung menggeleber Nampak pejal dengan hanya menyarungkan pakaian dalam yang sesuai.

Ketahuilah, ramai wanita ‘hilang’ bentuk badan mereka kerana tidak memakai pakaian dalam yang sesuai sejak remaja atau mengambil remeh akan hal ini bila beranak-pinak atau berat badan bertambah. Melaburlah untuk perkara ini dan anda pasti setuju ia berbaloi apabila semua pakaian yang anda sarung ke badan nampak lebih terletak dan membuat anda berasa yakin.

RAMBUT DAN TUDUNG

Untuk wanita ‘berukuran plus’ Panjang rambut yang sesuai adalah sekitar atas atau mencecah bahu. Kadangkala sedikit pendek lebih menarik dan nampak kemas untuk Wanita profesional.

Bagi membangkitkan ilusi rambut yang lebat dan ikal melalui potongan, anda boleh mencuba gaya ‘layers’ yang juga lebih moden dan memberi ilusi muda. Buat yang bertudung, elakkan corak dan tekstur yang berkilat atau bersulam sarat kecuali anda ingin sedikit ‘bling, bling’ untuk majlis malam yang glamor.

Pilih fabrik tipis dan lembut untuk gaya feminin dan kepala nampak selaras dengan badan yang gempal. Elakkan kain keras yang buat gaya jadi kejang.

Pilihlah warna-warna lembut dan harmoni dengan pakaian dan rona daripada kuning coklat, merah jambu susu, hijau lembut dan biru kelabu sering menghasilkan mood anggun dan harmoni. Sebolehnya, elakkan jenis yang bercorak besar kerana ia membuat penampilan sarat dan kurang kemas serta jangan menghias tudung terlalu sarat dengan sulam, labuci atau pin hiasan yang besar.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

KPJ Healthcare Alih Fokus TK2026 Kepada Penerapan Kesihatan Baharu Termaju

PENYEDIA perkhidmatan kesihatan swasta, KPJ Healthcare Berhad (KPJ Healthcare), mencatatkan prestasi kewangan yang memberangsangkan bagi Tahun Kewangan 2025 (TK2025)...

More Articles Like This