Giliran Sharifah Shahira dan Che Ta bayar zakat, netizen beri pujian- “Bayar zakat memang afdal dihebohkan…ikhlas atau tidak bukan kerja manusia nak tentukan”

Dari Penulis

SELEPAS tular video pasangan selebriti Aeril Zafrel dan Wawa Zainal menunaikan bayaran zakat perniagaan mereka, terbaharu pelakon dan penyampai radio Sharifah Shahira pula melaksankan pembayaran zakat bersama aktres Rozita Che Wan.

Menerusi rakaman tersebut, Sharifah sempat bergurau dengan memberitahu jumlah yang dibayar hanya sedikit berbanding rakan artis yang lain.

“Inilah artis paling sikit bayar zakat, tapi janji bayar tau,” ujarnya.

Video yang tular di laman X itu, mendapat pelbagai reaksi dari netizen. Segelintir netizen menyifatkan tindakan itu seperti menunjuk dan seolah tidak ikhlas.

Namun, ramai yang menerima baik langkah yang diambil pelakon itu untuk menyempurnakan tanggungjawabnya sebagai umat Islam sekaligus memberi pendedahan kepada semua untuk membayar zakat.

“Zakat memang kena war-warkan dalam islam, sedekah yang kena sembunyi,ini perkara asas dalam islam takkan tak tahu.

“Bayar zakat memang afdal dihebohkan jadi yang lain pun boleh ikut sekali. Ikhlas atau tidak bukan kerja manusia nak tentukan.

“Kak Shiera ni punya bagus, cukai LHDN pun dia bayar, tak culas. Zakat pun dia bayar lebih. Sebab tu rezeki dia Allah bagi lebih,” tulis netizen.

Untuk info, video tersebut telah meraih 1.4 juta tontonan dan 7,500 tanda suka di laman X.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Karyawan tuntut kerajaan ambil alih kutipan royalti, mahu tamatkan kemelut 2 dekad

PERSATUAN Artis Malaysia (Karyawan) secara rasmi menuntut Kerajaan Malaysia untuk campur tangan dan mengambil alih kawalan sepenuhnya ke atas...

More Articles Like This