Watak Kak Ju paling dibenci! Comeback Rozita Che Wan kali ni jadi fenomena!

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

SELEPAS hampir tiga tahun ‘berehat’ daripada set penggambaran, Rozita Che Wan atau Che Ta muncul semula dengan satu percaturan berani membawakan watak antagonis Kak Ju (Juriah) dalam drama Bahagia Yang Tertangguh.

Tak sangka, ‘comeback’ itu terus menjadi fenomena apabila karakter garang dan penuh rasa benci itu menjadi bualan hangat penonton.

Menurut Che Ta, ini kali pertama dia diberi kepercayaan melakonkan watak jahat sepenuhnya dan respons penonton memang tidak dijangka.

“Setiap kali episod naik, berbakul-bakul komen saya dapat. Ada yang sampai minta Kementerian Kesihatan Malaysia ‘tidurkan’ Kak Ju! Ada juga yang siap nak pijak Kak Ju bila jumpa saya.

“Dari sudut lain, saya percaya apabila watak itu meninggalkan kesan di hati penonton tak kira dari sudut positif atau negatif, bererti diri ini sudah cuba memberikan sehabis baik dalam menghidupkan watak Kak Ju. Syukur lakonan saya diterima dan beri impak.

“Komen dan kecaman sebegitu kalau difikirkan buat saya rasa nak gelak sebab geram punya fasal, mereka (penonton) sampai nak itu ini dengan Kak Ju,” katanya kepada URTV.

Karakter Kak Ju itu turut mengingatkannya kepada impak watak Kiah Pekasam suatu ketika dahulu, namun drama arahan Osman Ali kali ini benar-benar menguji sisi lakonannya.

Bagi ibu kepada tiga cahaya mata itu, segala kecaman diterima sebagai tanda lakonannya menjadi.

“Bila penonton marah atau geram, itu bukti kita berjaya hidupkan karakter. 

“Saya bersyukur lakonan diterima dan beri impak,” jelasnya.

Lebih melucukan, anak-anaknya turut mengusik watak Kak Ju itu seperti karakter Che Ta sendiri yang lantang, tegas dan tak suka dikacau.

“Mereka berani cabar saya dengan watak sebegini dan keluar dari kepompong kebiasaan. Ikutkan saya seperti orang tahu, memang lantang bersuara. Saya dengan anak pun jenis tegas. Cuma mungkin sebelum ini tak ada produksi berani buka peluang serta mencabar saya bawa watak jahat.

“Sampai anak saya berseloroh cakap watak Kak Ju itu seperti diri sendiri. Tapi saya di rumah tidaklah sekejam Kak Ju. Malah kawan anak saya di Jerman yang menonton drama ini dalam talian pun terkejut dengan lakonan berkenaan yang sangat garang, ‘laser’ dan cakap lepas,” ujarnya.

Berkongsi pengalaman pertama bekerja di bawah arahan Osman Ali, Che Ta mengakui teruja dan dalam masa sama agak ‘kecut perut’.

“Awal-awal masuk set, saya kena tegur juga. Belum panas lagi kan. 

“Bila tak capai apa dia nak, dia akan cabar saya keluarkan sisi jahat Kak Ju,” jelasnya.

Namun, kata Che Ta, dia sangat kagum dengan cara kerja Osman yang bukan sahaja menjaga emosi watak, tetapi memastikan setiap pelakon tampil cantik di skrin.

‘Watak jahat senang tapi watak baik yang mencabar.

“Watak jahat kita boleh lepas apa saja. Watak baik kena kawal banyak benda,” kongsinya.

Walaupun begitu, selepas drama ini, Che Ta memilih untuk berehat dulu daripada menerima watak antagonis.

Che Ta menyifatkan kejayaan drama adaptasi novel Rissa Ahdiya ini sebagai rezeki.

“Kadang cerita bagus pun tak semestinya jadi. 

“Tapi drama ini dapat sambutan luar biasa. Tambah pula skrip olahan Oka Aurora dari Indonesia yang terkenal dengan karya kontroversi macam Ipar Adalah Maut,” akhirinya.

Drama 28 episod ini turut menampilkan barisan pelakon hebat seperti Nad Zainal, Kamal Adli, Izzue Islam, Riz Amin dan Mimi Ernida.

Karya terbitan iFabulous Art Media & Events  Sdn. Bhd, itu ditayangkan di Astro Ria.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Setahun derita autoimun hingga berat badan ceah 46kg, Andi Bernadee akhirnya buka mulut punca ‘sembunyi’ diri

TEKA-TEKI mengenai imej misteri penyanyi dan pelakon popular, Andi Bernadee yang dilihat 'berselubung' setiap kali berada di ruang awam...

More Articles Like This