GRS fokus bangunkan ekonomi untuk rakyat, bukan kerajaan ‘tebuk atap’ – Masidi

Dari Penulis

GABUNGAN Rakyat Sabah (GRS) kini fokus kepada usaha memulih serta membangunkan ekonomi untuk rakyat dan bukan menggantikan Kerajaan Perpaduan sedia ada melalui cara menukar sokongan atau ‘tebuk atap’, kata Setiausaha Agung GRS Datuk Seri Masidi Manjun.

Beliau berkata, pendirian parti itu jelas menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Kerajaan Perpaduan bagi memastikan usaha pembangunan ekonomi untuk rakyat dapat diteruskan serta berjalan lancar.

Menteri Kewangan Sabah itu berkata, GRS juga menyokong kepimpinan Anwar untuk meneruskan tanggungjawab sebagai Perdana Menteri dan menerajui kerajaan masa ini sehingga penggal pentadbiran Kerajaan Perpaduan itu selesai.

“Bagi GRS, tumpuan kita kepada pemulihan ekonomi kerana rakyat kita terjejas dengan ekonomi tidak menentu masa ini, jadi kita tumpu kepada (usaha) bangunkan ekonomi kembali untuk rakyat kita dan tumpukan semua usaha kita ke arah ini.

“Kita juga rasa selesa dengan Kerajaan Perpaduan ini kerana kita dihargai. Dalam sebuah kerajaan setiap ahli hendaklah dilihat penting jadi kita lihat dan rasa GRS ini komponen penting dalam Kerajaan Perpaduan,” katanya kepada pemberita hari ini.

Baca juga: Gagasan rakyat adakan persidangan agung tahunan pertama 13 Nov – Hajiji

Beliau ditemui ketika menghadiri Rumah Terbuka Krismas dan Tahun Baharu 2024 anjuran Parti Bersatu Sabah (PBS) dan Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) yang turut dihadiri Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin.

Pada Sabtu lepas, Anwar dilaporkan menzahirkan keyakinannya bahawa percubaan menjatuhkan Kerajaan Perpaduan menerusi usaha menukar sokongan atau ‘tebuk atap’ tidak akan berlaku berikutan sokongan padu yang diberikan Sarawak.

Beliau berkata dalam situasi politik semasa, pendirian Sarawak melalui Gabungan Parti Sarawak (GPS) itu agak kritikal kerana hanya dengan kenyataan dan dukungan parti utama di Sarawak iaitu GPS dan di Sabah iaitu GRS yang akan memungkinkan perubahan kerajaan berlaku.

Masidi berkata, parti politik seharusnya memberi keutamaan kepada usaha membantu rakyat melalui pemulihan serta pembangunan ekonomi dan melupakan perkara remeh dalam politik untuk bersama-sama melaksanakan usaha tersebut.

Ditanya tentang kerjasama antara PBS dan STAR, beliau berkata dua parti komponen GRS itu memainkan peranan penting dalam usaha mengukuhkan GRS sendiri, selain langkah yang betul menyatukan rakyat di Sabah.

Selain PBS dan STAR, parti komponen GRS terdiri daripada Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), Parti Maju Sabah (SAPP), Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO), Parti Harapan Rakyat Sabah (PHRS) dan Parti Liberal Demokratik (LDP).

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Hantaran undang padah, warga Bangladesh ‘kantoi’ miliki dua pasport ditahan

HANTARAN tular di platform media sosial memaparkan seorang lelaki memegang dua pasport mengundang padah selepas warga Bangladesh itu ditahan...

More Articles Like This