MTPN iktiraf 32 elit korporat, mahu perhalusi lapan hak pengguna seiring era digital               

Dari Penulis

Seramai 32 elit korporat dan 20 elit telah meraih Anugerah Pilihan Pengguna Malaysia (Consumers’ Choice Award, CCA) dan Tokoh Pintar Terbaik (Best Intelligent Figures, BIF) yang mengiktiraf pemimpin korporat dari pelbagai bidang dalam menghargai usaha mereka menyumbang kepada masyarakat dan menyediakan produk serta perkhidmatan berkualiti kepada pengguna.

Yang Dipertua Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN) Johor, Noorman Kamsani dalam ucapannya berkata, lapan hak pengguna yang diperkenalkan pada tahun 1983 sempena Hari Pengguna Sedunia perlulah diperhalusi dan seiring dengan perubahan semasa era digital.

“Saya ingin berkongsi idea yang dilhamkan oleh Datuk Paduka Dr. Kevy KV Yeo dibantu oleh Alston Tan Chaw Xian ini akan diperkenalkan sebagai langkah baharu yang merujuk kepada pandangan atau sikap yang menekankan pada keuniversalan, inklusiviti dan pemahaman saling menghormati antara individu atau kumpulan dari pelbagai budaya, bangsa, atau latar belakang.

“Pengguna Kosmopolitanisme mencari peluang untuk belajar dari kepelbagaian, memupuk pemahaman antarabangsa dan menghargai perspektif global dalam interaksi kehidupan mereka” katanya.

Yang Dipertua MTPN Johor, Noorman Kamsani berucap di Malam Anugerah Pilihan Pengguna Malaysia

Jelasnya lagi, Dasar Kosmopolitanisme pengguna ini akan melibatkan penekanan pada keadilan, hak asasi manusia, dan penyesuaian kepada keperluan pelbagai komuniti. Kesedaran terhadap budaya dan nilai-nilai global yang akan diintegrasikan untuk memastikan penggunaan yang bertanggungjawab dan memperkaya pengalaman digital.

Lima teras ekologi yang telah digariskan MTPN merangkumi; ekologi pendidikan, ekologi dasar, ekologi budaya, ekologi ekonomi dan ekologi pengguna.

“Kesemua lima elemen ekologi ini akan memberi petunjuk kepada sebuah indikator yang besar secara keseluruhannya yang dapat memberi keseimbangan kepada sebuah gagasan komuniti pengguna yang lebih harmoni dan adil kepada semua bangsa” ujarnya lagi.

Selaras itu, MTPN berharap anugerah ini dapat meningkatkan keyakinan pengguna terhadap syarikat dan jenama tempatan, serta meningkatkan taraf ekonomi negara.

Disamping itu, MTPN turut menyeru kepada semua pihak untuk bekerjasama dengannya, menjadikan Majlis Tindakan Pengguna Negara sebagai standard penilaian kualiti oleh pengguna.

Selain itu, Presiden Kebangsaan MTPN,  Datuk Paduka Dr. Kevy KV Yeo menambah bahawa pihak penganjur telah menerima sebanyak 181 permohonan pencalonan tetapi hanya 32 syarikat dan 20 elit perniagaan baru layak dipilih. Walau bagainmanapun, beliau mengucapkan terima kasih kepada semua calon atas penyertaan aktif dan sumbangan mereka kepada masyarakat.

Beliau juga berkata bahawa pembangunan sebuah syarikat yang kukuh dan besar memerlukan jalinan rangkaian perniagaan bagi menggalakkan kerjasama perniagaan dan perkongsian pengalaman serta sumber. Oleh itu, beliau percaya bahawa BIF dan CCA akan menjadi sokongan terbaik untuk golongan elit korporat.

Anugerah Pilihan Pengguna Malaysia adalah hasil usaha Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN) untuk menaikkan jenama dan syarikat yang menyediakan produk dan perkhidmatan berkualiti untuk pengguna di pasaran. Majlis anugerah ini merupakan anjuran bersama Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN) dan China Press, dengan matlamat untuk memilih elit korporat yang memiliki kebijaksanaan, kepintaran dan IQ yang tinggi.

Malam anugerah yang berlangsung di Restoran Loon Sing Taman Daya Johor dimeriahkan dengan kehadiran wakil rasmi Datuk Bandar Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), Alaodeen Hameed, Setiausaha Agung World Humanitarian Drive (WHD), Prof Datuk Dr GP Doraisamy Govindasamy, Presiden Kebangsaan MTPN, Datuk Paduka Dr. Kevy KV Yeo dan Pengurus besar Media Chinese International Limited, Vincent Lee.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

The Mangrove at Carey Circles, destinasi percutian serba lengkap di Pulau Carey

PULAU Carey merupakan sebuah pulau kecil di Kuala Langat, Selangor yang mungkin ada dalam kalangan kita yang tidak sedar...

More Articles Like This