12 individu ditahan merusuh di parkir beli-belah di Cheras

Dari Penulis

POLIS menahan 12 individu warga tempatan bagi membantu siasatan satu kes pergaduhan dan rusuhan di kawasan parkir pusat beli-belah di Cheras, Kuala Lumpur.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, semua suspek ditahan dalam tiga serbuan berasingan di sekitar ibu negara pada 29 Jun lalu.

“Siasatan mendapati pergaduhan berpunca daripada rasa tidak puas hati salah seorang pekerja di kawasan Vivo Home berkenaan menegur agar tidak menghalang laluan jalan sehingga berlaku pertengkaran mulut dan pergaduhan antara mereka.

“Tangkapan ini dijalankan susulan satu laporan polis yang dibuat oleh salah seorang daripada mereka yang mengalami kecederaan ringan di bahagian anggota tubuh badan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Fadil berkata, kesemua tangkapan ditahan reman sehingga Selasa lalu.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh secara beramai-ramai di tempat awam.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Ribut rosakkan beberapa rumah di Taman Mewah, Shafwan ambil inisiatif segera hulur bantuan

BEBERAPA rumah di Jalan Selendang 13, Taman Mewah, Bukit Permai, mengalami kerosakan selepas kawasan itu dilanda ribut. Calon Pakatan Harapan...

More Articles Like This