Seribu Tahun bawa tuah untuk Jaz Hayat – “Berbincang jadikan lagu saduran sebagai single terbaharu”

Dari Penulis

PENYANYI muda yang lahir pada tahun 1993 ini dikenali sebagai Jaz Hayat atau lebih mesra dengan panggilan Jaz, sekali lagi menggemparkan industri muzik dengan single terbarunya berjudul Seribu Tahun yang merupakan lagu saduran daripada penyanyi asal Imran Ajmain yang pernah popular pada 2007.

Lagu ini juga telah mendapat sentuhan istimewa daripada komposisi asal Taufik Batisah dan penerbit lagu iaitu Seek yang membawa unsur yang segar dan terkini.

Beberapa bulan lalu, Jaz memuat naik satu video rakaman lagu itu di media sosial Instagramnya dengan durasi satu minit 30 saat dan tanpa disangka, karya tersebut telah mendapat sambutan daripada pengikutnya di saluran itu.

“Pada awalnya, saya sangat sukakan lagu Seribu Tahun ini dan dijadikan sebagai ‘content’ di Instagram dengan durasi satu minit 30 saat itu tiba-tiba mendapat sambutan daripada peminat.

“Setelah itu, saya dan pihak syarikat rakaman Sony Music Entertainment berbincang untuk menghasilkan ia sebagai lagu saduran untuk keluaran single terbarhau pada tahun ini selepas keluaran single Bersamamu,” katanya berkongsi tentang proses lagu berkenaan.

Selain itu, lagu ini sangat istimewa untuk Jaz kerana ia mengisahkan tentang kesetiaan seseorang yang sanggup melakukan apa sahaja walaupun seribu tahun lamanya.

Namun adakah ia akan bertahan selamanya? Jaz berasa teruja dengan keluaran lagu ini agar pendengar dapat kaitkan dengan pengalaman peribadi masing-masing.

“Menurut saya lagu ini mengenai kesetiaan seseorang yang akan bertahan seribu tahun lamanya dan adakah ia mampu bertahan selama itu? Keunikkan lagu ini juga tiada kesimpulan, sebaliknya ia memberi persoalan kepada pendengar,” ujarnya.

Dari sudut aspek lagu, Seribu Tahun mempunyai makna lirik yang mendalam dan melodi yang indah, sekali gus genre balada telah mengembalikan gaya nyanyian asal seperti single sulungnya, Dari Mata.

“Ketika saya sekolah menengah, Seribu Tahun sudah pun popular di Kawasan Asia Tenggara seperti Brunei, Singapura dan Malaysia.

“Lagu ini mempunyai lirik yang indah dan melodi yang menarik. Genre balada ini juga dapat mengembalikan cara nyanyian asal saya seperti single pertama dahulu,” kongsinya.

Selain itu, lagu Seribu Tahun ini telah mendapat sambutan yang luar biasa di Malaysia, apabila telah disenaraikan di dalam empat buah playlist teratas di saluran strim digital, Spotify seperti Galau Rabak, Carta Malaysia, Pop Balada dan Pop Terkini.

“Saya tidak sangka lagu ini mendapat sambutan dari Malaysia. Dengan pencapaian ini, saya mengambil kesempatan untuk berterima kasih atas sokongan kerjaya saya terutamanya lagu Seribu Tahun ini.

“Semoga tahun akan datang saya akan menghasilkan karya-karya yang lebih banyak dan berkualiti tinggi,” jelasnya.

Lagu Seribu Tahun boleh dimuat turun di iTunes dan dinikmati menerusi semua platform penstriman muzik terpilih seperti Apple Music, Deezer, KKBox, Spotify, YouTube dan YouTube Music.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

“Kalau suara tidak pulih, saya bersedia undur diri…” – Datuk Jamal Abdillah dedah realiti pahit disebalik vokal emasnya

INDUSTRI muzik tanah air mungkin bakal kehilangan permata paling berharga sekiranya Raja Pop negara, Datuk Jamal Abdillah, mengambil keputusan...

More Articles Like This