Hamil anak keempat, Natasha Hudson masih aktif ‘surfing’ di trimester kedua

Dari Penulis

PELAKON Natasha Hudson mengumumkan sedang hamil anak keempat hasil perkahwinan kelima bersama suami, Muhammad Harits Jasmin atau Jay Jasmin.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di laman Instagramnya, Natasha nama penuhnya Natasha Liana Hudson yang kini sudah di trimester kedua juga dilihat masih aktif melakukan sukan luncur air atau surfing.

“Jika ada yang tertanya-tanya saya kembali surfing ketika trimester kedua ini, saya sebenarnya tidak terfikir boleh jadi sekuat ini.

“Menjadi kuat adalah keperluan untuk semua ibu mengandung.

“Sebenarnya agak sukar untuk melakukannya dengan keadaan perut sebegini. Namun, saya mampu melakukannya dengan mudah,” katanya.

Dalam pada itu, pelakon berusia 41 tahun itu juga berkongsi terdapat teknik yang betul untuk ibu yang sedang sarat mengandung melakukan aktiviti lasak itu.

Natasha bagaimanapun berkata, dia akan kekal aktif seperti mana kehamilannya yang terdahulu.

“Sukan lasak itu sangat baik dan memberikan ketenangan.

“Saya sangat aktif sewaktu hamil tiga anak yang lain dan akan terus aktif untuk kehamilan kali keempat ini sehingga saya bersalin,” katanya.

Untuk rekod, Natasha dan Jay Jasmin selamat mendirikan rumah tangga pada 28 Mac 2022 dengan bersaksikan keluarga serta teman rapat dalam majlis yang berlangsung secara sederhana.

Menerusi perkahwinan sebelum ini, Natasha dikurniakan tiga anak perempuan iaitu Neesa Helena, Naeema Kalila dan Faatimah.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

“Saya tak kejar populariti, cukuplah lagu saya menggamit memori…,” – Jamal Abdillah bicara soal gelaran Biduan Negara

MENGHAMPIRI lima dekad mendaki puncak populariti dalam industri muzik tanah air, nama Raja Pop negara, Datuk Jamal Abdillah, tidak...

More Articles Like This