Watie kongsi momen jumpa ibu mentua pertama kali, mengaku tak pandai siang ikan – “Ikan itu boleh melompat..saya siap termencarut lagi”

Dari Penulis

ISTERI kepada pelawak dan usahawan Shuib iaitu, Watie Hanifiah berkongsi momen ketika pertama kali bertemu bersama ibu mentuanya, Salamiah Jalani semasa sedang menyiang ikan.

Kongsi Watie atau nama sebenarnya Fati Nikmatul Adawiyah di satu hantaran menerusi Instagram Story miliknya, sebelum mendirikan rumah tangga, dia tidak tahu cara untuk menyiang ikan malah, dia turut berterus dengan ibu mentuanya mengenai perkara tersebut.

“Masa mula-mula jumpa ibu mentua, dia tengah siang ikan sepat, ikan itu boleh melompat. Saya siap termencarut lagi.

“Sudahnya saya terus terang je, segala jenis ikan saya tidak kenal sangat. Jadi siang ikan itu memang tak pernah lah. Sebab selalu makan ayam dengan daging sahaja.

“Terus ibu mentua cakap, ‘tidak apa tunjuk bodoh, jangan tak pandai tapi buat-buat pandai. Alhamdulillah selamat dah terima saya sebagai menantu,” ujarnya.

Watie bagaimanapun bersyukur kini sudah mulai cekap melakukan kerja-kerja rumah termasuk memasak dan menyiang ikan.

“Tapi selepas kahwin, eh semua benda yang tak boleh jadi boleh. Semua benda yang tak pandai jadi pandai,” tambahnya.

Terdahulu, Watie dan Shuib mendirikan rumah tangga pada 23 Jun 2023.

Shuib yang pernah mendirikan rumah tangga bersama penyanyi, Allahyarham Siti Sarah Raisuddin pada 2011 dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 12; Dzahira Talita Zahra, 10; Ariq Matin, 7; dan Ayash Affan, 2

Allahyarham Siti Sarah meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan Covid-19.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

KISAS Ungguli Kejohanan Debat Bahasa Arab Piala Menteri Agama

KOLEJ Islam Sultan Alam Shah (KISAS) melakar sejarah baharu apabila muncul juara sulung dalam saingan Debat Bahasa Arab Piala...

More Articles Like This