- Brazil merupakan negara pengeluar utama kacang soya di dunia, diikuti Amerika Syarikat, Argentina dan China. Bagaimanapun Amerika Syarikat merupakan pengekspot kacang soya dunia.
- Kacang soya mula ditanam di China (3500 Sebelum Masehi) dan kemudian benihnya mula dibawa masuk ke benua lain pada abad 20.
- Kacang soya mula ditanam di Amerika Syarikat pada tahun 1765 oleh Samuel Bowen, pelayar Syarikat Hinda Timur yang membawa benih dari China.
- Soya pertama ditanam di Georgia, Amerika Syarikat.
- Tempe dipercayai mula diperkenalkan di Indonesia pada 1815 di Serat Centhini.
- Tauhu mula dibuat pada Disnati Han 2000 tahun lalu di China. Kemudian tauhu mula diperkenalkan ke Korea dan Jepun.
- Syarikat kicap pertama dunia ialah Kikkoman pada abad 17. Mogi dan Takanashi mula membuat kicap di Noda, Jepun, dan di situ jugalah kicap jenama Kikkoman bertapak dan jenama ini mula diperkenalkan ke dunia luar sehingga sekarang ke hari ini.
- Di Inggeris orang pertama yang membuat kicap ialah John Locke pada tahun 1679.
- Pada tahun 1688, Dampier berbangsa Inggeris menamakan kicap dalam bahasa Inggeris soy. Kemudian pada tahun 1899, Blasedale berbangsa Amerika Syarikat menamakan kicap dengan nama soyabean sauce dan ditukar pada tahun 1905 oleh bangsa Jepun, Oshima dengan nama soy sauce.
Ejaansoy sauce akhirnya disatukan menjadi `soysauce’ oleh Van Gundy pada tahun 1936. - Blairo Maggi merupakan jutawan Brazil yang memiliki ladang kacang soya terbesar di Brazil. Blairo sebelum ini pernah menjadi Gabenor untuk negeri Mato Grosso, di Brazil.

Penulis merupakan Pengarang SAJI di UtusanTV dengan pengalaman lebih 23 tahun dalam bidang kewartawanan. Kerjaya penulisan bermula pada tahun 1996 di HVD Film Production (M) Sdn Bhd sebagai penulis skrip selama tujuh tahun. Seterusnya, penulis menyertai Utusan Karya Sdn Bhd pada tahun 2003 sebagai wartawan dan jawatan terakhir sebagai Pengarang SAJI. Pada tahun 2023 bertugas di Utusan Binders Sdn.Bhd. di bawah jenama UtusanTV sehingga kini.
Sepanjang kerjaya, penulis berkemahiran dalam penulisan dan liputan pelbagai isu, khususnya berkaitan pemakanan. Selain mencipta resipi, penulis juga terlibat dalam penerbitan buku resipi untuk chef-chef, menjadi juri pertandingan masakan, serta aktif dalam penganjuran acara dan program CSR.
Sebarang jemputan acara, kerjasama bagi event & CSR, pelancaran produk atau sidang akhbar boleh diajukan melalui e-mel: [email protected].

