Masih aktif hasilkan lagu, Wan Hanafi Su akui ramai tak tahu dia boleh menyanyi & bermain muzik

Dari Penulis

PELAKON veteran Wan Hanafi Su mendedahkan sebelum terjun ke karier lakonan, dia terlebih dahulu menceburi bidang nyanyian dan kini masih lagi mengeluarkan karya muziknya di platform Youtube.

Menurut aktor berusia 74 tahun itu, ramai tidak tahu dia bermula dengan muzik malah sehingga kini masih aktif mengubah lagu serta bermain alat muzik namun sekadar mengisi masa lapang sahaja.

“Orang lebih kenal saya kepada lakonan, tapi sebenarnya saya bermula dengan muzik. Saya buat lagu dan main muzik.

“Ramai tak tahu, ada yang tahu itu tahulah. Tapi rasanya comeback untuk bernyanyi itu barangkali tak mungkin dengan kesenjaan saya sekarang.

“Tapi untuk rasa seronok-seronok buat kat Youtube saya ada buat. Boleh cari Anak Baru Band Official, saya ada empat lagu disitu sebagai satu pengenalan,” ujarnya.

Wan Hanafi berkongsi perkara demikian ketika ditemui URTV di majlis tayangan perdana filem Pendekar Awang Darah Indera Gajah di Putrajaya, semalam.

Sementara itu, Wan Hanafi juga memberitahu dia amat gembira dapat kembali dalam naskah itu selain berbangga apabila Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berangkat ke majlis tayang perdana filem tersebut.

“Kita buat cerita ini bukan sekadar nak memenuhi kalendar industri filem sahaja tapi juga memikul amanah yang berat sebagai pelakon untuk setidaknya beri sesuatu kepada generasi akan datang.

“Ini dah kedua kali saya berlakon dengan Fattah Amin. Yang ini saya seronok sangat.

“Lagi pun ia satu sejarah telah terjadi apabila Agong mencemar duli untuk bersama-sama melihat hasil kerja industri kreatif Malaysia.

“Filem yang juga mengangkat sejarah orang Melayu. Saya rasa ia akan memberi kesan yang baik dan orang akan tengok,” tambahnya lagi.

Filem yang menelan kos pembikinan sebanyak RM15 juta itu dan dibintangi pelakon seperti Fattah Amin, Nur Fazura, Heliza Helmi, Hazwani Helmi, Nadhir Nasar, Namron, Amir Ahnaf dan bakal menemui penonton di pawagam pada 11 Januari ini.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Setahun derita autoimun hingga berat badan ceah 46kg, Andi Bernadee akhirnya buka mulut punca ‘sembunyi’ diri

TEKA-TEKI mengenai imej misteri penyanyi dan pelakon popular, Andi Bernadee yang dilihat 'berselubung' setiap kali berada di ruang awam...

More Articles Like This