Faktor usia & sibuk berkerja punca Naim Daniel dah kurang lantang bersuara di media sosial

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

PENYANYI Naim Daniel mendedahkan kesibukkan dirinya dengan kerjaya seni menjadi faktor dia kini kurang bersuara mengenai isu-isu semasa menerusi media sosialnya.

Naim atau Muhammad Naim Daniel Baharin,27, sebelum ini antara selebriti lantang bersuara dan mengupas isu yang dirasakan perlu untuk diberi perhatian umum.

“Saya rasa dah tua dan sibuk dengan komitmen kerja menyebabkan kurang mengupas tenang isu semasa.

“Saya kini lebih fokus dan mengutamakan apa yang perlu didahulukan. 

“Nanti kalau saya banyak sangat ‘free time’, pihak pengurusan pula ‘nervous’ dengan setiap hantaran saya d media sosial,” katanya berseloroh.

Penyanyi lagu Sumpah itu berkata demikian ketika ditemui di sidang media Pesta Muzik Kuantan Bersama Ungu dan Artis Tanah Air di sebuah hotel di ibu negara, baru-baru ini.

Biarpun sibuk dengan urusan karier, Naim yang juga seorang pelakon tetap mengikuti perkembangan isu semasa yang berlaku baik dalam negara mahupun luar negara.

“Saya masih tetap ikuti cerita-cerita apa yang berlaku dalam negara dan luar negara. 

“Tapi dari segi hantaran dan gambar saya masih lagi ‘update’ dari semasa ke semasa. 

“Sekarang pun kalau tengok isu terkini pun saya hanya akan jadikan sebagai bahan bacaan dan kemudian ‘scroll’ saja,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Naim antara barisan penyanyi yang akan memeriahkan konsert Pesta Muzik Kuantan pada 24 Februari yang dianjurkan sempena kepulangan Yang Dipertuan Agong ke negeri Pahang.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Karyawan tuntut kerajaan ambil alih kutipan royalti, mahu tamatkan kemelut 2 dekad

PERSATUAN Artis Malaysia (Karyawan) secara rasmi menuntut Kerajaan Malaysia untuk campur tangan dan mengambil alih kawalan sepenuhnya ke atas...

More Articles Like This