99.5 peratus peneroka FELDA Pahang terima hak milik, baki selesai tahun ini – MB Pahang

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

KERAJAAN Pahang menyasarkan semua peneroka FELDA yang layak di negeri itu menerima suratan hak milik tanah masing-masing tahun ini apabila hanya tinggal 231 peneroka atau 0.5 peratus yang masih dalam proses penyelesaian.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, sehingga kini seramai 42,894 peneroka FELDA di seluruh Pahang, bersamaan 99.5 peratus, telah menerima hak milik tanah masing-masing.

Menurut beliau, perkembangan itu membuktikan komitmen berterusan kerajaan negeri dalam memastikan kebajikan serta masa depan warga peneroka FELDA terus terpelihara.

“Penyelesaian baki 231 peneroka yang masih belum menerima hak milik sedang giat dilaksanakan dan dijangka dapat disempurnakan sepenuhnya tahun ini,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyerahkan suratan hak milik FELDA Rentam kepada 62 peneroka dalam satu majlis yang berlangsung di Majlis Daerah Bera, hari ini.

Wan Rosdy berkata, penyerahan hak milik berkenaan merupakan pengiktirafan terhadap pengorbanan dan usaha keras peneroka yang telah membangunkan tanah rancangan serta menyumbang kepada pembangunan ekonomi negeri sejak sekian lama.

Katanya, pemilikan sah tanah itu bukan sahaja memberi ketenangan kepada peneroka, malah menjamin masa depan keluarga dan generasi pewaris mereka.

“Kerajaan negeri berharap penyerahan hak milik ini akan membuka lebih banyak peluang kepada peneroka dan anak-anak mereka untuk merancang masa depan dengan lebih baik,” katanya.

Beliau menegaskan kerajaan negeri akan terus memastikan setiap peneroka yang layak menerima hak mereka tanpa ada yang tercicir.

Menurutnya, usaha itu selaras dengan Aspirasi Pahang 1st yang menekankan kesejahteraan rakyat serta kemakmuran negeri secara menyeluruh.

“Kerajaan Negeri Pahang kekal komited untuk membela kebajikan warga FELDA dan memastikan hak mereka terus terjamin demi kesejahteraan rakyat serta pembangunan negeri,” katanya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Remaja 17 tahun maut Honda Wave terlibat kemalangan dengan lori

SEORANG remaja berusia 17 tahun maut selepas motosikal jenis Honda Wave yang ditunggang terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori...

More Articles Like This