SITUASI hujan lebat dijangka berterusan hingga esok di beberapa buah negeri khususnya di Pahang, Terengganu dan Johor.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan, amaran hujan berterusan (bahaya) hingga esok, 18 Disember akan berlaku di Kuantan, Pekan dan Rompin, Pahang.
“Amaran hujan berterusan (buruk) pula berkuat kuasa di Terengganu (Dungun dan Kemaman), Pahang (Jerantut, Maran dan Bera) serta Johor (Segamat, Kluang, Mersing dan Kota Tinggi) hingga esok.
Baca artikel lain: Nenek mati ditikam, moyang parah ditetak cucu
“Amaran hujan berterusan (waspada) di beberapa kawasan termasuk Kelantan; Terengganu (Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu dan Marang); Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong dan Temerloh); Selangor; Kuala Lumpur; Putrajaya; Negeri Sembilan dan Melaka.
“Turut terkesan ialah Johor iaitu daerah Tangkak, Muar, Batu Pahat, Pontian, Kulai dan Johor Bahru,” katanya menerusi hantaran di media sosial, hari ini.
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web rasmi jabatan, aplikasi mudah alih myCuaca dan laman media sosial rasmi jabatan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

