Cheesecake viral waktu PKP, senang rupanya nak buat Lotus Biscoff Cheesecake. Confirm jadi

Dari Penulis

Asal ada kemahuan, pasti ada jalan kan? Tak timbul isu tangan tak berseni atau penyakit M, nak baking kek atau uli roti ni mudah sahaja, ikut langkah yang dikongsikan satu per satu. Nah, pasti menjadi.

Bolehlah jimatkan duit waktu ekonomi tak berapa nak stabil ni kan? Jom kita cuba resipi yang dikongsikan Anissa Mardhiah.

Lotus Biscoff Cheesecake

Size loyang 8 inci

Bahan :

Base :

90 gm Butter unsalted

13 pcs Biskut lotus Biscoff

Cream cheese filling:

500 gm Cream cheese (suhu bilik)

200 ml Whipping cream

1- 2 sudu besar Icing sugar (terpulang)

1 sudu teh Vanilla essence

2 sudu besar Lotus biscoff spread

Topping:

7 sudu besar Lotus biscoff spread

2-3 keping Biscuits lotus biscoff ( hancurkan untuk topping atas )

Cara :

BASE:

1. Hancurkan biscuits lotus ( masuk dalam plastik dan ketuk sampai hancur menggunakan lesung batu) sampai dia jadi semi fine.

2. Masukkan ke dalam mangkuk dan ketepikan. Cairkan mentega dalam pan dan masukkan biskut yang hancur ke dalam mentega cair tadi.

3. Kemudian masukkan ke dalam loyang yang sudah dilapik parchment paper. Tekan dan padatkan sebab base dia kena kuat. Masukkan dalam peti sejuk and teruskan untuk buat cream cheese filling.

CREAM CHEESE FILLING:

1.Putar cream cheese menggunakan mixer sampai kembang. Kemudian masukkan esen vanilla, gula aising , biscoff spread dan putar lagi sampai sebati. Ketepikan.

2. Dalam mangkuk berasingan, putar whipping cream sampai kembang (whipping cream kena sejuk ya, kalau tak dia tak kembang). Kemudian satukan dengan cream cheese tadi dan kaup balik guna spatula hingga sebati secara perlahan. Bila sudah sebati, tuangkan ke dalam loyang yang berisi base yang sudah disejukkan tadi dan ratakan. Masukkan ke dalam peti sejuk selama 3 hingga 4 jam sebelum membuat topping.

TOPPING:

1.  Selepas 3 hingga 4 jam, cairkan lotus biscoff spread dengan api kecil. Kacau sehingga cair dan biar sejuk sedikit.

2. Tuang biscoff spread yang sudah cair atas cream cheese. Masukkan semula ke dalam peti sejuk untuk sejam dua lagi. Kemudian bawa keluar dan taburkan biskut yang sudah dihancurkan. Hias ikut kreativiti masing-masing.

Kredit : Anissa Mardhiah


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

MKDS buka cawangan baharu di Putrajaya

Penyedia perkhidmatan pengurusan berat badan perubatan, Megaklinik Dr Suffian (MKDS) membuka cawangan baharu di IOI Resort City, Putrajaya dalam...

More Articles Like This