Elaun atlet Program Podium tukar jadi gaji, Olimpik Paris tumpuan KBS tahun ini

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

MELANGKAH ke tahun baharu 2024, berita baik buat atlet kebangsaan terutama di bawah Program Podium apabila elaun bulanan akan ditukarkan kepada gaji di bawah Skim Kontrak Penggajian Atlet (SKPA).

Perkara tersebut diumumkan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh dalam Majlis Amanat Menteri Belia dan Sukan 2024 di Majlis Sukan Negara (MSN), semalam.

Skim tersebut merupakan antara beberapa inisiatif dicapai melalui libat urus dilaksanakan Hannah dengan seramai mungkin atlet-atlet, pegawai dan pentadbir sukan negara sepanjang tahun lalu.

Pertukaran elaun bulanan kepada gaji itu sekali gus bagi memastikan caruman dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) demi masa depan atlet kebangsaan.

Menurut Hannah, SKPA juga akan meningkatkan jumlah elaun latihan kepada minimum RM1,500 bagi atlet yang baru memasuki Program Podium.

Beliau berkata, kontrak selama dua tahun yang dijangka ditandatangani minggu hadapan itu akan melibatkan jumlah 307 atlet dan 86 atlet para.

“Ini libatkan caruman sebanyak 11 peratus bagi pihak atlet dan 13 peratus daripada MSN.

“Jangan lupa, ini bermaksud rakyat sekarang merupakan majikan kepada atlet negara.

Baca artikel lain: KBS tawar geran RM7 juta naik taraf, selenggara saliran, tanam rumput stadium

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh bersama atlet para negara pada Majlis Amanat Menteri Belia dan Sukan 2024 di Majlis Sukan Negara (MSN), semalam. GAMBAR: Facebook Hannah Yeoh

“Apabila kita tukar elaun jadi gaji bermaksud mindset atlet mesti bertukar, anda bukan sahaja berlatih sekarang (tetapi) anda bekerja untuk rakyat Malaysia,” katanya.

Pada masa sama, Hannah turut menasihatkan atlet melakukan yang terbaik sejajar dengan komitmen kerajaan memperkenalkan skim gaji tersebut.

“Kami bagi anda apa yang anda mahu tetapi anda mesti bagi apa yang kami mahukan.

“Bukan ahli lembaga pengarah, bukan MSN dan bukan KBS tetapi apa yang rakyat mahukan. Mereka mahukan atlet yang konsisten dan berjuang demi negara,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata KBS juga telah meminta MSN untuk mengkaji semula elaun jurulatih menerusi Skim Jurulatih Kebangsaan.

“Kita sudah ada beberapa bengkel dan MSN akan koordinasi, kita kena bentang kepada jawatankuasa MSN sebelum melaksanakan apa-apa,” katanya.

Sementara itu, Hannah memaklumkan, Sukan Olimpik 2024 yang akan dilangsungkan di Paris, Perancis merupakan tumpuan utama kementerian tahun ini.

Sehubungan itu, beliau mahukan atlet-atlet berusaha bersungguh-sungguh dan pastikan tidak terlepas peluang beraksi di temasya sukan terbesar dunia itu.

“Misi #TambahEmas yang dilaungkan bukanlah sesuatu yang mustahil kerana terbukti kontinjen Malaysia memiliki beberapa jaguh yang sudah kerap kali berjaya untuk memenangi pingat di kejohanan-kejohanan utama dunia,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Hannah berkata KBS bakal mengadakan temasya sukan yang terbuka kepada atlet veteran dan orang ramai pada tahun ini untuk memberi peluang kepada semua meneruskan minat tanpa mengira usia.

 “Kalau kita mahu Malaysia menjadi negara bersukan, kita kena adakan acara seperti ini untuk teruskan minat mereka dalam sukan kerana kalau tidak hanya golongan muda sahaja,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor: Kempen makin panas, billboard calon PH dirosakkan pihak tertentu – Nie Ching

KEHANGATAN Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor semakin terasa apabila beberapa insiden sabotaj terhadap kempen calon Pakatan Harapan (PH) dilaporkan...

More Articles Like This