SIASATAN ke atas seorang anak bekas Perdana Menteri tiada kaitan dengan siasatan yang sedang dijalankan terhadap bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin.
Sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberitahu, ia bukan kali pertama anak bekas Perdana Menteri itu bertemu dengan penyiasat mereka.
“Kehadirannya di ibu pejabat SPRM, semalam untuk siasatan berasingan yang tiada kaitan dengan siasatan yang sedang dijalankan ke atas Tun Daim.
“Kami memanggilnya untuk mendapatkan kenyataannya direkodkan dua atau tiga kali sebelum ini, menjelang akhir tahun lepas dan setakat ini, beliau memberi kerjasama baik,” katanya seperti dilapor New Straits Times.
Baca artikel lain: Dua pelajar sekolah antara tiga ditahan menipu, menyamar anggota polis
Bagaimanapun, sumber itu mengesahkan mereka tidak merekodkan sebarang kenyataan lanjut daripada anak bekas Perdana Menteri itu pada pertemuan semalam.
“Tetapi notis telah dikeluarkan,” katanya lagi.
Sumber itu menambah SPRM akan mengeluarkan kenyataan mengenai kedua-dua siasatan itu, hari ini.
Difahamkan, siasatan terhadap anak bekas Perdana Menteri itu turut dikaitkan dengan beberapa syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan aktiviti perniagaan yang didakwa menjadi sebahagian daripadanya pada akhir 1990-an dan awal 2000.
Difahamkan juga, siasatan SPRM tertumpu terutamanya kepada syarikat milik individu berkenaan yang didakwa anak syarikat GLC.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

