ANAK kepada bekas Menteri Kewangan, Allahyarham Tun Daim Zainuddin, iaitu Asnida Abdul Daim dijangka akan didakwa di Mahkamah Kuala Lumpur esok.
Perkara itu disahkan peguamnya, Yu Ying Ying yang memaklumkan, anak guamnya itu akan dituduh di bawah Seksyen 36(2) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.
Selain itu, turut dijangka didakwa dua lagi anak Allahyarham Daim.
Asnida akan didakwa di Mahkamah Kuala Lumpur, esok mengikut Seksyen 36(2) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009, manakala dua lagi anak Allahyarham Daim dijangka akan didakwa secara ‘in absentia’, iaitu tanpa kehadiran tertuduh.
Selain Asnida, tiga lagi anak Allahyarham Daim ialah Md Wira Dani, Muhammed Amir Zainuddin dan Muhammed Amin Zainuddin.
Ia bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 36(1)(b) Akta SPRM 2009.
SPRM memaklumkan, notis itu dikeluarkan selepas tiada maklum balas diterima dan usaha menghubungi keempat-empat mereka tidak berjaya, setakat 26 Februari lalu.
Pihak peguam sebelum ini memaklumkan anak guam mereka berada di luar negara dan mereka juga menghadapi masalah untuk berhubung.

