Jenazah Tun Daim Zainuddin selamat dikebumikan

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

JENAZAH bekas Menteri Kewangan, Allahyarham Tun Daim Zainuddin selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara 1, Bukit Kiara, sebentar tadi

Proses pengebumian selesai kira-kira pukul 6.06 petang dan sebelum itu jenazah disembahyangkan di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta selepas solat Asar.

Solat jenazah dipimpin anak saudara Allahyarham, Amir Imran yang turut disertai dua bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Tan Sri Muhyidddin Yassin.

Hadir sama Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil; Presiden PEJUANG, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa.

Toh Puan Nai’mah Abdul Khalid mencium suaminya Allahyarham Tun Daim Zainudin buat kali terakhir di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

Baca artikel lain: Ahmad Zahid adakan lawatan rasmi ke UAE bermula hari ini

Solat jenazah dihadiri kira-kira 1,000 hadirin terdiri daripada ahli keluarga, kenamaan, kenalan serta sahabat handai.

Terdahulu, kenderaan membawa Allahyarham tiba di tanah perkuburan kira-kira pukul 5.15 petang dan jenazah dikebumikan pada pukul 5.34 petang.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Hospital Assunta, Petaling Jaya kira-kira pukul 8.21 pagi tadi.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

FacebookTwitterWhatsAppTelegramLinkedInCopy LinkShare


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Mahfuz dakwa Onn Hafiz kaitkan istana dengan politik

NAIB Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mahfuz Omar menegur tindakan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi yang mengaitkan...

More Articles Like This