Suami kelar isteri sebelum cederakan diri sendiri angkara perselisihan faham

Dari Penulis

GARA-gara perselisihan faham, seorang lelaki bertindak agresif mengelar isterinya sebelum mencederakan diri sendiri dekat Klang, tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian daripada orang awam pada pukul 1.41 tengah hari.

Siasatan awal mendapati kejadian berlaku ketika mangsa berusia 49 tahun dan suami berusia 50 tahun menaiki Mazda CX5 untuk ke kedai makan pada pukul 1 tengah hari.

“Berlaku perselisihan faham sebelum suspek bertindak memberhentikan kenderaan di bahu jalan dekat Lebuhraya Kesas berhadapan Gravit 8, Kota Bayu Emas.

“Suspek bertindak mengelar mangsa beberapa kali menggunakan pisau pemotong,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, mangsa yang ketakutan telah keluar dari kereta dan meminta bantuan orang awam.

Sebuah kereta telah berhenti untuk memberikan bantuan dan suspek bertindak melarikan diri.

Bertindak atas maklumat, suspek ditemui di Jalan Batu Nilam 34, Klang, dalam keadaan tidak sedarkan diri.

“Anggota polis bertindak memecah cermin tingkap untuk membuka pintu kereta dan menyelamatkan suspek,” ujarnya.

Suspek yang berada dalam keadaan berlumuran darah telah dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah untuk pemeriksaan dan rawatan.

Hoong Fong berkata, mangsa mengalami cedera luka akibat dikelar di leher, bahu kiri, tangan kanan, kaki kiri dan belakang badan.

Sementara suspek cedera luka kelar di kedua-dua belah tangan dan kini menerima rawatan di hospital.

Kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Letupan bom Tak Bai: Dua rakyat Malaysia dipindahkan ke hospital di Kelantan

DUA rakyat Malaysia yang cedera dalam kejadian letupan bom di daerah Tak Bai, wilayah Narathiwat, selatan Thailand, semalam telah...

More Articles Like This