Tilmiz Arif tarik diri dari Akademi Qurra’ 2024, tempat diganti Tilmizah Athiyyah

Dari Penulis

Tilmiz Arif menjadi peserta pertama tersingkir dalam Akademi Qurra 2024 apabila mengambil Keputusan menarik diri atas faktor peribadi.

Menurut Pemangku Pengurus Kanan Program Akademi Qurra’ 2024, Zulkarnaen Mokhtar, keputusan Tilmiz Arif menarik diri berlaku pada saat-saat akhir berikutan isterinya sedang sarat hamil dan atas beberapa faktor peribadi yang tidak dapat dielakkan.

Penyingkiran peserta dari Kota Bharu Kelantan itu bagaimanapun digantikan apabila pihak produksi membawa masuk seorang peserta baharu iaitu Tilmizah Athiyyah.

“Jika diikutkan minggu pertama tiada penyingkiran, namun atas permintaannya untuk menarik diri, kami terpaksa akur dan tempatnya digantikan dengan Tilmizah Athiyyah di mana dia merupakan peserta ke-13 terbaik daripada senarai finalis,” katanya kepada media.

Sementara itu, jelas Penerbit Penyelaras TV Alhijrah, Nurainah Nabeeha Hassan, pemilihan peserta kali ini memperlihatkan personaliti dan kerjaya berbeza.

“Peserta kali ini membawa kepelbagaian di mana terdapat doktor, cikgu dan pelajar yang akan berentap merebut gelaran juara. Malah pemilihan kali ini lebih terbuka di mana sesiapa sahaja boleh menyertai Akademi Qurra’.

“Dan rata-rata pemenang Tilawah Al-Quran kebangsaan dan antarabangsa tiada kesinambungan program diadakan dan kami sediakan platform untuk mereka lebih kembangkan bakat dan ilmu Al-Quran,” tambahnya.

Terdahulu, kedudukan tertinggi pada minggu pertama disandang oleh Tilmiz Amnan dan Tilmizah Firza yang masing-masing memperoleh markah 92 peratus. Manakala Tilmiz Dr Adlee menduduki tangga terbawah dengan markah 84 peratus.

Tilmiz Luqman pula dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Alunan Terindah yang membawa pulang wang tunai RM500 dan sebuah rehal dari Million Bucks.

Penjurian markah diadili daripada Taranum, Alunan Suara, Tajwid dan Fasohah yang masing-masing membawa 25 peratus.

Akademi Qurra’ 2024 diadili oleh Ustazah Sharifah Khasif Fadzillah Syed Mohd Badiuzzaman selaku juri tetap dan dibantu oleh Ustaz Muhammad Qayyim Nizar Sarim. Seramai 12 peserta bakal berentap bagi merebut gelaran juara Akademi Qurra’ 2024 sekali gus membawa pulang hadiah utama. Akademi Qurra’ 2024 bersiaran secara langsung menerusi saluran TV AlHijrah, setiap Sabtu, jam 9 malam.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Bokitta Alamanda berwajah baharu, berkonsepkan ‘Premium Lifestyle’

BOKITTA, jenama tudung Muslimah premium sememangnya terkenal dengan rekaannya yang moden dengan ciri eksklusif yang bebas pin, selesa dan...

More Articles Like This