Anak ketagih botol susu, macam mana nak ‘cerai’ botol?

Dari Penulis

Apa pendapat atau pandangan mengenai penyusuan susu botol di kalangan anak yang berusia lima hingga enam tahun, sepatutnya mereka menggunakan cawan tetapi masih ada yang tidak dapat berpisah daripada botol susu?

Ini adalah masalah besar kerana jelas ia telah menjadi satu tabiat yang tidak baik. Malah anak tersebut mungkin juga telah ‘ketagih’ kepada botol tersebut. Selain daripada menjadi tabiat yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang sekeliling, anak ini juga berisiko mendapat kerosakan atau pertumbuhan gigi yang tidak baik.

Seeloknya proses menceraikan botol dimulakan seawal umur dua tahun, ketika gigi mula tumbuh. Perkenalkan bekas minuman susu bercawan ‘training cup’ untuk menggantikan botol. Jangan amalkan memberikan putting kosong dan juga puting hisapan.

Terdapat pelbagai cara menceraikan botol yang telah diamalkan secara turun temurun. Ada ibu bapa yang mengatakan botol hilang, botol dilarikan tikus dan sebagainya. Sebaiknya kita janganlah sampai menipu. Gunakan cara yang lebih berhemah iaitu dengan memujuk, berbincang dan memberikan anugerah jika mereka bersetuju meninggalkan botol tersebut.

Bagi anak berumur lima hingga enam tahun ini, kita perlu bertegas sedikit tetapi lakukannya dengan penuh kasih sayang. Jangan sesekali memalukan mereka di hadapan orang lain.

Lebihkan sokongan kerana tidak mudah untuk menghapuskan rasa ketagihan ini. Kurangkan meminum susu menggunakan botol secara berperingkat-peringkat. Raikan setiap kejayaan mereka apabila tidak menggunakan botol.

Pendek kata, cara menangani masalah ketagihan botol ini seolah-olah cara menangani segala jenis ketagihan yang lain, seperti rokok contohnya. Apa yang penting ialah kemahuan diri mereka sendiri dan juga sokongan jitu penuh hormat dan juga pantauan dan galakan daripada ibu bapa dan seluruh ahli keluarga.

MENCEGAH GIGI ROSAK AKIBAT SUSU

Susu formula mempunyai kandungan gula tertentu. Oleh itu, jangan sesekali biarkan anak kecil anda tertidur sambil meminum susu formula, terutamanya apabila gigi mula tumbuh. Amalkan memberi air kosong di dalam botol untuk menidurkan mereka. Segera alihkan botol susu dari mulut mereka setelah mereka tertidur.

BAHANA PUTING

Ramai ibu bapa secara tidak sengaja melatih anak mereka agar bergantung kepada puting untuk ketenangan. Penggunaan puting seharusnya dielakkan sama sekali. Selain ketagihan, ianya mengganggu pertumbuhan gigi. Di samping itu, anak-anak ini biasanya akan merengek tidak berkesudahan sehinggalah diberi puting semula. Kita sebenarnya telah tertewas di dalam mendisiplinkan mereka di situ.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

WhaleBuy perkukuh kedudukan serantau dengan pembukaan ibu pejabat global di Kuala Lumpur

WhaleBuy Group melakar satu lagi pencapaian penting dalam perjalanan pengembangannya apabila secara rasmi membuka ibu pejabat global syarikat itu...

More Articles Like This