Siri 1: Rancanglah kematian anda dengan sebaik-baiknya

Dari Penulis

Bersediakah kita untuk menghadapi kematian? golongan manakah yang kita pilih untuk sertai? Adakah di dalam golongan muqarrabin (dekat dengan Allah), ash-habul Yamin (golongan kanan) atau al-mukadzi-dzibin adh-dhallain (menentang dan sesat).

Tiga golongan ini Allah sebutkan di dalam surah al-Waaqi’ah ayat 88-96,

“Adapun jika dia (orang yang mati) termasuk orang yang didekatkan (kepada Allah), maka dia memperoleh rezeki serta syurga kenikmatan. Dan adapun jika dia termasuk golongan kanan maka selamat sejahteralah bagimu kerana kamu dari golongan kanan.

Dan adapun jika termasuk golongan orang yang mendustakan lagi sesat, maka dia mendapat hidangan air yang mendidih, dan dibakar di dalam neraka. Sesungguhnya (yang disebutkan ini) adalah suatu keyakinan yang benar. Maka bertasbihlah dengan (menyebut) nama Tuhan mu yang Maha Besar.”

Ibnu Katsir di dalam kitab tafsirnya, menjelaskan ayat ini dengan cukup indah apabila menggambarkan suasana saat di ambang sakaratulmaut. Ada kalanya dia termasuk di kalangan muqarrabin, mungkin juga golongan kanan atau boleh jadi mereka yang sesat.

Menurutnya, golongan pertama adalah orang yang menunaikan perkara-perkara wajib dan disukai Allah, meninggalkan perkara haram dan makruh (yang dibenci). Mereka inilah yang akan mendapat ketenteraman dan kesenangan. 

Para malaikat menyampaikan berita gembira saat ajal datang menjemput sebagai mana yang disebut di alam hadis al-Bara. Para malaikat rahmat akan berkata,

“Wahai roh yang baik, yang berada di dalam jasad yang baik, keluarlah kamu menuju ketenteraman, kesenangan dan menemui Tuhan mu”

Sesiapa yang meninggal sebagai orang yang dekat dengan Allah maka dia akan memperoleh rahmat, ketenangan, ketenteraman, kebahagiaan, kesenangan, kegembiraan dan rezeki yang baik. Abul Aliyah berkata,

“Tidak akan dipisahkan nyawa seorang muqarrabin dari jasadnya sebelum didatangkan setangkai dari pepohonan syurga yang harum. Sesudah itu barulah rohnya dicabut dari jasadnya.”

Kemudian di dalam hadis riwayat Muslim, Rasulullah s.a.w bersabda,

“Sesungguhnya roh para syuhada itu berada di dalam tembolok burung hijau yang berterbangan di taman-taman syurga sekehendak hatinya, kemudian hinggap di lentera-lentera yang bergantungan di Arasy”

Alangkah indahnya kematian bagi golongan muqarrabin, Rasulullah bersabda,

“Pada saat sakaratulmaut, adapun jika dia (orang yang mati) termasuk orang didekatkan (kepada Allah) maka dia memperoleh rezeki serta syurga kenikmatan. Dan ketika seseorang sudah dikhabarkan berita gembira, dia merasa senang untuk bertemu dengan Allah dan Allah pun lebih senang bertemu dengannya”(HR Imam Ahmad). Bersambung…

________________________________________________________________

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Syarahan Perdana Tokoh Maal Hijrah 1448H Beri Fokus Kepada Mesej Keamanan & Peradaban Kontemporari

PERISTIWA Maal Hijrah tidak seharusnya dibiarkan berlalu sekadar penceritaan lipatan sejarah dan sambutan tahunan semata-mata, sebaliknya ia perlu diangkat...

More Articles Like This