Hukum bagi yang belum membayar qada puasa Ramadan

Dari Penulis

Tinggal sebulan sahaja lagi umat Islam akan bertemu dengan bulan Ramadan iaitu bulan yang diwajibkan berpuasa bagi orang Islam yang memenuhi syarat-syaratnya. Namun begitu jika masih ada yang belum lagi menggantikan puasa yang ditinggalkan sebelum ini, maka dia wajib menggantikan puasa tersebut sebelum masuk bulan Ramadan berikutnya.

Ini kerana jika ada yang masih menunda-nunda menggantikan puasa yang sebelumnya dengan tanpa uzur yang dibenarkan syarak, maka dia wajib bertaubat dari dosa tersebut. Ini kerana hukumnya berdosa besar dan dia perlu menyesali dan berjanji tidak akan mengulanginya. Malah dia perlu sesegera mungkin menggantikan puasa tersebut.

Apalagi sebagai orang beriman antara ciri-cirinya ialah dia bersegera di dalam melaksanakan kebaikan dan kewajipan agama. Firman Allah dalam surah al-Mukminun: 61

“Mereka itu bersegera untuk mendapatkan kebaikan-kebaikan dan merekalah orang-orang yang segera memperolehnya”

Dalam sebuah hadis Aisyah r.ha pernah berkata,

“Dahulu saya pernah memiliki hutang puasa Ramadan. Namun saya tidak mampu melunasinya kecuali di bulan Syaaban.” (HR Bukhari & Muslim)

Dari hadis di atas jelas menerangkan kepada kita bahawa batas akhir menggantikan puasa Ramadan ialah hingga akhir Syaaban sebelum tiba Ramadan berikutnya. Akan tetapi jika dia tidak dapat menggantikan puasa tersebut sehingga masuk bulan Ramadan berikutnya disebabkan uzur syarie hukumnya tidak berdosa.

Adapun bagi orang yang tidak dapat menggantikan puasa sebelumnya tanpa uzur yang dibenarkan syarak maka wajib digantikan sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi s.a.w. bersabda,

“Sesiapa yang sengaja muntah, hendaklah mengqadanya” (HR Abu Daud & Tirmizi)

Lupa bilangan puasa yang perlu diganti

Seandainya seseorang lupa berapa banyak bilangan hari yang dia perlu ganti, maka dalam hal ini ulama telah membahagikan kaedah penentuan bilangan hari kepada 2 iaitu kaedah tahdidi dan taqribi. Tahdidi bermaksud menentukan dengan tepat bilangan hari yang ditinggalkan.

Dalam kaedah ini dia yakin berapa hari yang dia tidak berpuasa dan gantikan semua puasa tersebut. Manakala taqribi pula ialah anggaran berapa hari yang ia tinggalkan disebabkan dia lupa.

Dan sekiranya dia mati dengan tidak menggantikan puasa yang ditinggalkan, maka menjadi kewajipan waris atau wali pula menggantikan puasa bagi pihaknya. Ini sebagaimana yang disebut dalam sebuah hadis dari Aisyah r.ha bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda,

“Barang siapa yang mati sedangkan ke atasnya ada puasa (yang perlu diganti) maka walinya berpuasa bagi pihaknya” (HR Bukhari & Muslim)

Selain dari menggantikan puasa yang ditinggalkan, dia juga perlu membayar fidyah mengikut bilangan hari yang dia tinggalkan. Kiraan fidyah itu adalah menyamai secupak gandum. Dalam keadaan hari ini di Malaysia, bagi memudahkan bayaran fidyah cukup hanya perlu dibayar kepada pihak berkuasa agama seperti pihak baitulmal di pejabat agama yang berhampiran. Dan perlu diingatkan, bayaran fidyah akan berganda mengikut jumlah tahun-tahun yang ditinggalkan.

Justeru itu bagi yang pernah meninggalkan puasa wajib pada tahun sebelum ini, gantikanlah puasa tersebut sementara masih mempunyai waktu ketika ini. Jika tidak sudah pasti akan menyukarkan di masa-masa mendatang nanti. Wallahu a’lam.

__________________________________________________

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

FacebookTwitterWhatsAppTelegramLinkedInCopy LinkShare


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Syarahan Perdana Tokoh Maal Hijrah 1448H Beri Fokus Kepada Mesej Keamanan & Peradaban Kontemporari

PERISTIWA Maal Hijrah tidak seharusnya dibiarkan berlalu sekadar penceritaan lipatan sejarah dan sambutan tahunan semata-mata, sebaliknya ia perlu diangkat...

More Articles Like This