Tun Dr Wan Junaidi angkat sumpah Yang Dipertua Negeri Sarawak kelapan

Dari Penulis

TUN Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar hari ini mengangkat sumpah sebagai Yang Dipertua Negeri kelapan pada Istiadat Angkat Sumpah Pelantikan di bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, Kuching.

Ketibaan Tun Wan Junaidi bersama isteri, Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi disambut oleh Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan isteri, Puan Sri Juma’ani Tun Tuanku Bujang serta Speaker DUN, Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nasar.

Istiadat dimulakan dengan memeriksa Pasukan Kawalan Kehor­matan Utama oleh 102 pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia diketuai oleh Deputi Superintendan Mohamad Zaini Ismail, seterusnya diikuti dengan Istiadat Angkat Sumpah Perlantikan di Dewan Lapau pada pukul 4 petang.

Wan Junaidi terlebih dahulu mengangkat sumpah sebelum menandatangani Surat Sumpah disaksikan Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Abdul Rahman Sebli.

Baca artikel lain: Wan Junaidi tiba di Kuching sebagai Yang Dipertua Negeri Sarawak baharu

Beliau kemudiannya menandatangani Surat Pengisytiharan sebagai Yang Dipertua Negeri disaksikan oleh Premier Sarawak.

Wan Junaidi, yang bakal menyambut ulang tahun kelahiran ke-78 pada 1 Februari ini telah menerima watikah pelantikan daripada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara pada Jumaat lepas di Istana Negara.

Pelantikan beliau mengikut Perkara 1 Perlembagaan Negeri Sarawak bagi tempoh empat tahun bermula 26 Januari 2024 sehingga 26 Januari 2028, mengantikan Tun Abdul Taib Mahmud yang menyandang jawatan itu selama tiga penggal bermula 1 Mac 2014.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Wanita maut kemalangan Myvi, Axia di Sungkai

SEORANG wanita maut selepas terlibat dalam kemalangan antara dua kenderaan iaitu sebuah Perodua Myvi dan sebuah Perodua Axia di...

More Articles Like This