Faizal Ismail tak pernah bernikah di Madinah, fitnah jatuhkan reputasi

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

DUA tahun lalu, nama pengacara dan penyampai radio, Faizal Ismail ‘panas’ apabila seorang saksi membuat pendedahan bahawa dia telah bernikah kali kedua secara rahsia di Madinah.

Menjawab spekulasi tersebut, Faizal,47, bagaimanapun menafikan mengenai khabar angin itu selain tidak menolak isu berkenaan sengaja di cipta bagi menimbulkan fitnah terhadap dirinya.

“Saya boleh katakan, tidaklah (poligami). Saya ini banyak bercerita, bergurau dengan kawan-kawan. Tapi, secara jujurnya tidak berlaku perkara itu.

“Mungkinlah ada cakap-cakap di belakang sebab saya baik dengan orang-orang tertentu. 

“Tapi, untuk langsungkan secara sah, tidak,” katanya kepada URTV.

Faizal berkata demikian ketika ditemui pada sidang media Makan Malam Kasadaran Amal Al-Muqwa di ibu negara, hari ini.

Mengulas lanjut mengenai individu yang mengaku saksi tersebut, Faizal menganggap perkara tersebut sengaja di cipta bertujuan untuk merosakkan reputasinya.

Jelas Faizal, ada beberapa faktor yang membuatkan salah faham berlaku antara dia dan syarikat agensi pakej umrah yang melantik dirinya sebagai duta.

“Saksi itu sebenarnya, saya ada bersama ustaz lain pada ketika itu dan memang ada benda-benda tidak menyenangkan berlaku pada ketika saya sertai pakej umrah, sehingga ada yang menggunakan cara-cara tertentulah.

“Syarikat tersebut sebenarnya memang dalam masalah pada ketika itu. Dalam keadaan itu, saya mengalami tekanan. 

“Pada masa itu, boleh dikatakan saya tidak ada hubungan baik dengan agensi terbabit.

“Jadi, isu tersebut tergantung begitu saja. Saya tidak berjumpa dengan pihak mereka untuk berbincang atau apa saja urusan selepas insiden tersebut,” ulasnya.

Pada masa sama, Faizal turut mengulas mengenai reaksi isterinya ketika mendapat tahu berita dia di katakan telah berkahwin kali kedua, penyampai radio Zayan FM itu memberitahu isterinya tidak melenting malah lebih tenang.

“Isteri saya okay. Kalau soal poligami, dia okay sahaja. Maksudnya, dia tidak menolak sepenuhnya.

“Saya pun kalau betul-betul berpoligami atau ada isteri lain, saya akan terus-terang dengan isteri,” kongsinya.

Sebagai lelaki, Faizal akui perlu berbalik kepada dirinya untuk memastikan adakah dia mampu untuk bersikap adil terhadap hati dan perasaan isterinya jika ingin berpoligami.

“Saya tak boleh cakap masa sekarang. Tapi, akan datang, wallahualam. Sebab kita manusia, kita tak tahu.

“Ada orang kata, orang yang selalu banyak cakap, tak berani buat. Tapi, yang senyap-senyap itu tiba-tiba ada (poligami).

“Saya melihat balik kepada diri saya, mampukah saya? Memang, lelaki ini keinginannya tinggi.

“Tapi, bila fikir balik kemampuan, bukan sahaja dari segi batin, kena periksa diri adakah mampu adil dari sudut hati?

“Itu satu perkara besar sebenarnya. Walaupun bagi nafkah wang ringgit setiap bulan, tapi hati isteri macam mana nak jaga? Hal itu bukan senang dan satu perkara yang sangat besar untuk difikirkan,” ungkapnya dengan nada tegas.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Fajar Noor buka lembaran baharu, Sementara, Selamanya jadi manifestasi kematangan emosi

SETELAH sekian lama dinanti, penyanyi yang sinonim dengan naskhah muzik yang menyentuh jiwa, Fajar Noor akhirnya kembali mengubat rindu...

More Articles Like This